ISTERI kepada pelakon Shamsul Ghau Ghau, Sharifah Azrinah, tidak menyangka ramai yang tampil menghulurkan bantuan selepas berita suaminya dimasukkan ke hospital mula dilaporkan sejak Sabtu.Menurutnya, hasil keprihatinan orang ramai membolehkan Shamsul menjalani pembedahan segera selepas disahkan mengalami pendarahan beku pada bahagian otak kiri. Malah, dia juga berterima kasih kepada rakan artis, Sheila Mambo, yang menjadi antara individu terawal menghubungi dan membantu mendapatkan sumbangan.Shamsul kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Serdang.“Saya terduduk semalam (Sabtu) dan hampir putus asa. Hujung minggu pula, macam mana kita nak keluarkan simpanan atau sebagainya. Kemudian, Sheila Mambo kata dia tolong dan usaha viralkan, asalkan Paksu (panggilan Shamsul) dapat kembali sihat.“Sheila yang banyak memberi semangat kepada saya dan kemudian, satu demi satu hamba Allah menghulurkan bantuan seperti Pencetus Ummah Salman, Imam Muda Ashraf dan sebagainya. Mungkin sebab mereka pandang kebaikan Pak Su, jadi ramai yang menghulurkan bantuan supaya pembedahan dapat dijalankan pada hari yang sama,” katanya ketika dihubungi.Shamsul sebelum itu dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Serdang pada Sabtu dan selamat menjalani pembedahan pada hari yang sama.ARTIKEL BERKAITAN: Shamsul Ghau Ghau dimasukkan ke hospital, alami darah beku di otak… Perlu bantuan untuk bedahARTIKEL BERKAITAN: Shamsul Ghau Ghau manfaat kelebihan media sosial, tak malu belajar dengan anak-anak Tambahnya, pihak hospital turut memberikan kerjasama baik dengan mengurangkan bayaran deposit yang sepatutnya berjumlah RM25,000 kepada RM10,000 supaya prosedur berkenaan dapat dijalankan segera.Berkongsi keadaan terkini suaminya, Sharifah Azrinah berkata prosedur mengeluarkan darah beku di bahagian hadapan otak kiri berjalan lancar.“Semalam selepas kita buat prosedur untuk mengeluarkan darah beku di bahagian hadapan otak kiri itu, dia okay dan hari ini keadaannya agak stabil.Prosedur mengeluarkan darah beku di bahagian otak kiri Shamsul berjalan lancar.“Kita perlu membuat pemantauan selama 48 jam bermula semalam. Doktor cakap dalam 90 hari pertama ini, kita memang kena pantau Pak Su. Pak Su juga perlu menjalani fisioterapi. Jadi, saya minta doa semua untuk Pak Su sebab kita pun tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ini,” ujarnya.Aktres Sheila Mambo sebelum ini berkongsi khabar duka mengenai Shamsul yang dimasukkan ke hospital selepas rakannya itu tidak hadir ke lokasi penggambaran drama lakonan mereka bersama.Sheila juga memaklumkan pihak keluarga Shamsul memerlukan bantuan bagi menanggung kos pembedahan selain rawatan susulan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube