PELAKON Datuk Hilal Azman membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk terus aktif dalam dunia lakonan apabila masih menerima pelbagai tawaran penggambaran.Menurut Hilal, 70, kekuatan dan semangat yang mengekalkannya sehingga ke hari ini datang daripada tanggungjawab sebagai ketua keluarga serta kepercayaan penuh terhadap rezeki. “Kalau ditanya bagaimana saya mengekalkan tenaga dan semangat untuk meneruskan kerja, jawapannya mudah sahaja.Hilal kuat mencari rezeki demi keluarga.“Saya mencari rezeki untuk diri sendiri, keluarga, isteri dan anak-anak. Itulah pendorong utama saya. Berlakon adalah antara rezeki yang Allah berikan kepada saya, jadi saya teruskan.“Dalam masa yang sama, saya sentiasa berusaha memperbaiki setiap tugasan yang diberikan. Walaupun sudah 70 tahun dalam bidang ini dan terlibat dengan ratusan drama, ia bukan sesuatu yang mudah. Kita tetap perlu belajar,” katanya kepada mStar.Mengulas soal realiti yang sering dihadapi artis veteran, termasuk kemungkinan bayaran berkurang atau tawaran yang tidak setimpal dengan pengalaman, Hilal mengakui perkara itu boleh berlaku kepada sesiapa sahaja apabila usia meningkat.Namun katanya, pengalaman dan nilai seseorang pelakon seharusnya dilihat dari sudut kematangan serta kualiti kerja.ARTIKEL BERKAITAN: Hilal Azman menang Pelakon Lelaki Terbaik Asia Pasifik, filem Memori beri ruang improvasi watakARTIKEL BERKAITAN: Hampir pengsan di set, Hilal Azman gagahkan diri demi mencari rezeki“Saya selalu mengibaratkan diri seperti kereta Cadillac. Walaupun lama, jika dipulih dan dicantikkan, nilainya boleh menjadi lebih mahal daripada kereta biasa. Sepatutnya begitu.“Saya percaya rezeki itu Allah yang susun. Kita hanya perlu berdoa dan berusaha. Allah tidak pernah zalim kepada hamba-Nya. Insya-Allah, rezeki itu akan sampai,” jelasnya.Pelakon ini juga tidak pernah mengeluh apabila terlibat dengan tempoh penggambaran yang lama kerana sudah terbiasa sejak awal pembabitan dalam dunia seni.Hilal utamakan rehat yang cukup.Sebagai individu berpengalaman, dia cukup memahami tugasan produksi yang kadangkala berada di luar jangkaan masa.“Masih berlaku dan tiada masalah. Dalam produksi, tiada istilah had masa khusus untuk saya sahaja. Jika saya minta pulang awal, ia akan menyusahkan pelakon lain dan pihak produksi.“Sebab itu, tidur yang cukup sangat penting. Apabila selesai penggambaran, kita pastikan rehat secukupnya.“Walaupun habis pukul tiga atau empat pagi, jadual keesokan hari akan disusun semula supaya kita tetap dapat tidur dan tenaga dapat dipulihkan semula,” kongsinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube