suria

Rapat sejak setahun lalu, Dayang Areeda dan Hazeeq Dean mengaku bercinta 

Dayang dan Hazeeq akhirnya mengakui hubungan mereka.

TEKA-TEKI mengenai keakraban pelakon Dayang Areeda dan Hazeeq Dean akhirnya terjawab apabila pasangan itu mengakui sedang menjalinkan hubungan istimewa.

Hazeeq atau Mohamad Haziq Nazimuddin, 29, berkata, hubungan mereka bermula selepas berkenalan di sebuah set penggambaran sebelum mengambil keputusan untuk saling mengenal hati budi sejak setahun lalu.

“Doa-doakan hubungan kami. Perbincangan ke arah serius itu ada, namun buat masa ini kami lebih fokus kepada perniagaan.

Bukan perniagaan antara perancangan masa depan.

“Kami masih baharu dan sedang dalam fasa mengenal hati budi,” katanya kepada mStar.

Hazeeq berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pembukaan Cookies Cafe & Florist yang bertempat di Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Menurut Hazeeq, dia tertarik dengan keperibadian Dayang yang disifatkan sebagai seorang wanita bijak dan berpengetahuan luas, khususnya dalam bidang perniagaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Emosi terganggu, Dayang Areeda jawab dakwaan foto bercium... “Benda dah berlaku, jadi biarlah”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Foto tular ‘comolot’ dengan pelakon wanita, Hazeeq Dean pilih jaga privasi... “Saya tidak mahu menafikan atau menidakkan”

“Dayang seorang yang bijak dan berpengetahuan dalam banyak perkara. Saya suka sikap itu dan ia juga menjadi pencetus idea untuk kami berniaga bersama,” ujarnya.

Sementara itu, Dayang, 32, berkata, dia selesa dengan sikap Hazeeq yang mudah diajak berbincang dalam setiap perkara, sekali gus mewujudkan keserasian antara mereka.

Hazeeq seorang yang mudah berbincang.

DAYANG AREEDA

PELAKON

Tambah Dayang, walaupun masih dalam fasa mengenali satu sama lain, hubungan mereka mendapat restu keluarga apabila kedua-dua ibu bapa sudah bertemu dan kini semakin akrab.

“Hazeeq seorang yang mudah berbincang. Biasanya kalau berlaku salah faham, kami tidak bergaduh lama,” kongsinya.

Sebelum ini kemesraan mereka sering menjadi perhatian netizen namun mereka tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan.

Hazeeq dan Dayang terlihat mesra sejak setahun lalu.

Dalam pada itu, Hazeeq dan Dayang kini bekerjasama menjalankan perniagaan berkonsepkan kafe yang terletak di Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Katanya, Cookies Cafe & Florist menawarkan pelbagai pilihan makanan serta kopi yang mengikuti trend semasa.

“Proses pembinaan kafe ini hanya mengambil masa tiga bulan selepas perbincangan dilakukan, namun terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi seperti mencari lokasi yang sesuai," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Mia Sara okay saja!