suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Berlian tetap berlian” – Ogy iktiraf bakat Harun Hashim, kemenangan jadi tamparan hebat buat industri

Ogy (kiri) bangga dengan kemenangan Harun.

KEMENANGAN pelakon Harun Hashim mengungguli trofi Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2026 (ASA2026) mendapat pujian ramai termasuk rakan artis, aktres Fauziah Ahmad Daud.

Kata Fauziah atau mesra disapa Ogy, 64, pengiktirafan tersebut adalah yang selayaknya buat Harun selepas sekian lama pelakon itu melibatkan diri dalam dunia seni.

"Bakat sejati tak pernah menipu hasil. Terlalu lama industri meletakkan beliau di belakang, malah sering kali bakat besarnya dipandang sepi dan tidak dihargai sewajarnya," tulis Ogy dalam satu hantaran di Threads.

Ogy memuji kredibiti Harun. 

Untuk info, Harun memenangi kategori tersebut menerusi lakonannya dalam drama berjudul Bilal Dan Abah yang disiarkan di saluran TV AlHijrah.

Dalam pada itu, Ogy berkata kemenangan tersebut menjadi bukti bakat lakonan Harun tidak hanya diukur melalui populariti atau jumlah pengikut di media sosial.

"Kemenangan ini adalah tamparan hebat buat industri yang kadangkala tersilap menilai bakat berdasarkan angka pengikut media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Azhan Rani & Noorkhiriah ungguli ASA 2026... Rahim Razali dipilih Tokoh Seri Angkasa 

ARTIKEL BERKAITAN: Azhan Rani hampir batal hasrat ke ASA 2026, ‘hadiahkan‘ trofi untuk ibu dan arwah bapa

"Berlian tetap berlian, dan malam ini, seluruh negara terpaksa tunduk melihat kilauan permata seni yang sebenar," ujarnya.

Memuji kredibiliti Harun sebagai seorang pelakon, Ogy juga menyifatkan aktor berkenaan sangat komited dalam setiap watak yang diberikan.

Lima calon Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbaik ASA2026. 

"Gelaran Pelakon Pembantu hanyalah pada skrip, tetapi jiwa dan kualiti lakonan yang beliau tunjukkan adalah tunjang utama yang menghidupkan keseluruhan karya," kongsinya.

Dalam kategori berkenaan, Harun bersaing dengan pelakon Nafis Zaidi menerusi drama Kaki Langit Toboh, Chew Kin Wah (Pimpinku Ke Jannah), Asrul Faizal (Gadis Pasir Mas) dan Fauzi Nawawi (Terpadamnya Pelita Syawal).

 

Artikel Lain