SUBSIDI yang diperuntukkan untuk rakyat sepatutnya dijaga sebagai amanah dan tidak sewenang-wenangnya dipinjamkan kepada pihak lain walaupun dengan niat membantu.Ramai beranggapan individu 'bermurah hati' ini sebagai pengkianat terhadap hak bersama dan sepatutnya menjaga amanah diberikan kerajaan. Itu pendirian seorang lelaki yang enggan membenarkan seorang individu yang mengaku pelajar antarabangsa menggunakan kad pengenalannya untuk menikmati manfaat subsidi petrol BUDI MADANI RON95 menerusi BUDI95."Ada pelajar antarabangsa dari sebuah universiti awam datang tanya nak guna MYKAD aku untuk BUDI95.Membenarkan warga asing atau individu lain menggunakan MyKad adalah satu kesalahan jenayah. -Gambar hiasan AI"Aku ingatkan nak bagi tapi BUDI95 ini bukan 'milik' aku. Aku layak sebab aku warganegara Malaysia, jadi tak boleh bagi sesuka hati," luahnya di Threads.Tidak hanya itu, kesedaran mengenai kewujudan subsidi menerusi hasil cukai rakyat Malaysia itu juga membuatkan dia mempertimbangkan semula keinginan untuk membantu pelajar terbabit."Ini amanah aku untuk tidak tiriskan subsidi kepada bukan warganegara. Jadi aku tolak permintaan dia dan cakap subsidi itu dari rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia."Kemudian ada seorang lelaki dekat belakang itu bagi juga MyKad dia kepada pelajar berkenaan," luahnya.Seorang lelaki menolak permintaan individu mengaku pelajar antarabangsa untuk meminjam MyKad bagi menikmati subsidi petrol BUDI95.Dia menyifatkan subsidi sebagai amanah daripada hasil cukai rakyat yang tidak boleh diberikan sesuka hati kepada bukan warganegara.Bagaimanapun, seorang lelaki di belakangnya didakwa membenarkan pelajar terbabit menggunakan MyKad miliknya.Dia menegaskan mereka yang mahu membantu boleh membayarkan petrol pada harga penuh menggunakan wang sendiri.Perkongsian itu mengundang reaksi netizen yang menyokong pendiriannya dan mengecam tindakan meminjamkan MyKad tersebut.Ringkasan ini dijana oleh AIKecewa dengan tindakan individu terbabit, dia menegaskan keinginan berbuat baik perlu disertai pertimbangan tentang cara bantuan disalurkan.Pada tanggapannya, mereka yang mahu membantu boleh memilih untuk membayar petrol pada harga penuh menggunakan wang sendiri."Ingatlah, kalau nak jadi baik ada sempadan. Kalau kita berhati mulia nak tolong, tolonglah dengan cara yang betul."Kau bayarkan harga penuh untuk warga asing itu daripada guna BUDI95 milik rakyat Malaysia," jelasnya.ARTIKEL BERKAITAN: Isi RM20 cuma dapat kurang 5 liter! Wanita bergenang air mata lupa bagi MyKad masa bayar RON95, terkilan staf tak tanyaARTIKEL BERKAITAN: Merungut kuota petrol BUDI95 tak cukup sebab banyak pergi 'outstation', ramai syak staf 'gomen' ini kurang cerdikHantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-ratanya menyokong tindakan yang dilakukan itu."Kalau bukan warganegara, rakyat tempatan yang tak ada lesen pun saya tak bagi melainkan mereka memang habis limit macam cody Coway," demikian reaksi netizen. Pada 29 Mei lalu, Kementerian Kewangan (MoF) memberi amaran keras terhadap penggunaan nombor atau maklumat MyKad milik individu lain tanpa kebenaran bagi mendapatkan manfaat subsidi BUDI95.Tegasnya, perbuatan itu merupakan satu kesalahan serius di bawah Peraturan 25 Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang mana individu berkenaan boleh dikenakan denda sehingga RM20,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.