suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bil api naik, upah jaga dipersoal... Nenek sanggup tolong kemas beg cucu, suruh anak balik berpantang rumah sendiri

Setiap anak perempuan pasti mengharapkan kehadiran ibu kandung semasa berpantang. -Gambar hiasan AI

KEBANYAKAN anak perempuan pasti mengharapkan ibu kandung sendiri yang menjaga dan memberi sokongan emosi selepas melahirkan cahaya mata.

Namun malangnya, tidak semua bernasib baik dapat merasai pengalaman indah itu.

Malah lebih menggores hati apabila ada ibu kandung yang tergamak menyuarakan soal upah di saat anak masih dalam  dalam fasa kesakitan dan proses pemulihan selepas bersalin.

Itulah situasi dikongsikan seorang pengguna Threads apabila kakaknya yang melahirkan anak pertama secara pembedahan Caesarean (czer) dikatakan terasa hati selepas terdengar perbualan ibu dan saudara mereka.

Ramai yang gemar menggunakan khidmat 'confinement lady' untuk memudahkan urusan berpantang. -Gambar hiasan

Ramai yang gemar menggunakan khidmat 'confinement lady' untuk memudahkan urusan berpantang. -Gambar hiasan

Menurut wanita itu, keputusan kakaknya untuk berpantang di rumah ibu mereka dibuat atas pelawaan ibunya sendiri.

"Mak aku yang beria suruh pantang di situ, cucu pertamanya. Tapi kebetulan abang ipar terpaksa bekerja di luar pesisir (off-shore) lepas dua minggu kakak bersalin," ujarnya memulakan cerita.

Menurutnya, ketegangan bermula apabila timbul isu mengenai bil elektrik yang meningkat kerana penggunaan penyaman udara terlalu kerap.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila perbualan beralih pula kepada topik upah menjaga orang berpantang.

"Mak cik tanya... dapat berapa jaga kak long berpantang? Mak jawab tak ada, tapi mereka ada belikan barang-barang untuk rumah.

"Kemudian ada lagi yang cakap... kalau macam itu, tak dapatlah. Memang dah habis pantang. Kebetulan kakak terdengar dan dia terus tersentak," ceritanya.

  • Seorang wanita yang bersalin anak pertama berpantang di rumah keluarga atas pelawaan ibunya.
  • Dia terasa hati apabila terdengar perbualan ibu dan mak cik mengenai upah menjaganya, selain timbul isu kenaikan bil elektrik.
  • Ibunya menyatakan terasa hati kerana tidak mendapat apa-apa sepanjang menjaga anak berpantang.
  • Wanita itu menangis dan pulang ke Kajang bersama bayi berusia dua bulan.
  • Warga maya meluahkan simpati dan mencadangkan khidmat penjaga berpantang bagi mengelakkan situasi sama berulang.

Terkesan dengan perbualan itu, kakaknya kemudian bertanya sendiri kepada ibu mereka mengenai jumlah upah yang perlu dibayar.

Namun, jawapan yang diterima didakwa membuatkan wanita tersebut semakin sedih sehingga mengambil keputusan untuk pulang ke rumahnya di Kajang, Selangor.

"Mak jawab... patutnya mak yang terasa sebab tak dapat apa jaga awak berpantang. Kakak menangis, kemudian terus kemas barang nak balik rumah di Kajang berdua dengan bayi.

"Mak aku pun tak cakap apa tapi dia bungkuskan barang-barang tu lepas tahu anak dan cucu nak balik sebab terasa dengan dia," adunya lagi, sambil menambah bahawa segala peningkatan bil utiliti sepanjang dia berpantang di situ sebenarnya telahpun dilunaskan oleh kakaknya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Disuruh mandi air sejuk, makan lauk masam nak basi! Wanita terseksa berpantang rumah mentua... Nak guna CL tapi dibantah

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dapat hidu muslihat mak sendiri, segera tolak berpantang di rumah keluarga - “Dia hutang keliling pinggang”

Lebih menyedihkan, perancangan awal untuk menikmati makan bersama keluarga serta niat menghulurkan 'sampul' tanda penghargaan buat ibunya tidak kesampaian akibat insiden tersebut.

Akhirnya, si kakak hanya meninggalkan sampul berkenaan di atas meja sebelum bertolak pulang bersama bayi yang baru berusia dua bulan dalam keadaan berhati duka.

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya meluahkan rasa simpati dan menasihatinya agar mendapatkan perkhidmatan bidan berpantang (CL).

"Kesiannya baca, sampai hati mak awak tolong kemaskan barang kakak dan anak tu seolah-olah menghalau.

"Kadang-kadang baik berikan duit selambak daripada belikan barang sebab mereka tak akan nampak," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain