suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

40 tahun bagi duduk percuma, Stevie Wonder fail permohonan usir bekas tunang

Stevie tidak berdiam menuntut haknya.

PENYANYI legenda Stevie Wonder memfailkan permohonan mahkamah untuk mengusir bekas tunangnya, Carmen Efferson, yang tinggal secara percuma di rumah miliknya.

Menerusi permohonan tersebut, Stevie, 76, meminta wanita berkenaan mengosongkan rumah yang terletak di Persiaran Oak Glen, Los Angeles, Amerika Syarikat itu selepas hampir 40 tahun menetap di sana secara percuma.

Permohonan tersebut difailkan di Mahkamah Los Angeles pada 23 Oktober.

Stevie mengambil tindakan tegas terhadap bekas tunangnya. 

Memetik laporan media tempatan, Stevie sebelum ini membenarkan Carmen tinggal di rumah berkenaan secara percuma sejak 1988 meskipun hubungan mereka sudah berakhir.

Namun, persetujuan tersebut dibuat secara lisan tanpa sebarang dokumen melibatkan kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, isu mula timbul sekitar Julai lalu apabila Carmen didakwa enggan membenarkan wakil insurans melakukan pemeriksaan terhadap kediaman berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Muka tak malu! Aktor didakwa enggan pindah dari kondo dipinjamkan sejak Covid-19, siap ‘rembat‘ jam tangan mewah tuan rumah 

ARTIKEL BERKAITAN: Selena Gomez akui vape punca suara berubah, kesal terjebak nikotin

Pemeriksaan tersebut adalah untuk memastikan perlindungan insurans hartanah berkenaan dapat dikekalkan.

Peguam yang mewakili Stevie memberitahu bahawa Carmen membalas e-mel yang dikirimkan dan dengan tegas melarang mana-mana pihak memasuki premis tersebut.

 

 

Artikel Lain