suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Istana Pahang nafi video kaitkan Tengku Hassanal, dakwaan hadir ritual keagamaan di Indonesia hanya fitnah

Tangkap layar akaun TikTok yang menyebarkan dakwaan kononnya Tengku Hassanal menaiki kenderaan dalam satu konvoi di Indonesia.

ISTANA Pahang menegaskan klip video yang tular di TikTok mengenai Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, adalah palsu dan cubaan memperdaya orang ramai.

Rakaman yang dimuat naik oleh akaun Yayasan Hilmi Fir itu mendakwa Tengku Hassanal hadir ke Indonesia bagi menyaksikan ritual keagamaan yang dilakukan oleh seorang individu bergelar ustaz.

Menerusi satu hantaran di Facebook Kesultanan Pahang pada Isnin, pihak istana menegaskan video berkenaan tidak memaparkan sebarang kehadiran Tengku Mahkota Pahang, sebaliknya dipercayai direka untuk memperdaya orang ramai.

"Video berkenaan langsung tidak menunjukkan sebarang kehadiran Tengku Mahkota Pahang malah hanya rekaan dan fitnah bagi menarik orang ramai melalui platform media sosial yang disyaki scammer," demikian menurut hantaran itu.

Menurut hantaran sama, penafian tersebut dibuat susulan penyebaran mesej kepada orang ramai yang menggunakan nama Tengku Hassanal bagi tujuan memperdaya masyarakat.

Istana Pahang menegaskan perbuatan itu merupakan cubaan penipuan yang tidak bertanggungjawab dan boleh menjejaskan imej institusi diraja.

Sehubungan itu, orang ramai diminta agar lebih berhati-hati, bijak menilai kesahihan sesuatu maklumat serta tidak mudah terpedaya dengan tawaran palsu yang disebarkan di media sosial.

Terdahulu, rakaman video yang dimuat naik oleh akaun Yayasan Hilmi Fir itu memaparkan beberapa motosikal berkuasa tinggi dan sebuah kereta berwarna putih yang bergerak di jalan raya secara beriringan.

Video berkenaan mendakwa konvoi itu membawa Tengku Hassanal, selepas baginda berkunjung ke suatu lokasi di Indonesia.

Bagaimanapun, berdasarkan rakaman yang ditunjukkan, identiti individu di dalam kereta berkenaan serta dakwaan itu tidak dapat disahkan secara visual.

Artikel Lain