KENDURI rakyat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah di Johor mencuri perhatian apabila orang ramai dilihat mula beratur beberapa jam sebelum acara bermula.Menerusi perkongsian individu dikenali sebagai Hakim Khai, orang ramai sudah mula beratur seawal pukul 10 pagi meskipun majlis di Yong Sheng Banquet Hall di Muar itu dijadualkan bermula pada pukul 2 petang. “Good luck rakyat jelata yang datang Muar, depa beratur awal dah nak pergi wedding YB Syed Saddiq dan Bella,” kongsinya di Threads.Berdasarkan video dikongsinya, kelihatan ratusan orang mulai beratur dengan ada antara mereka kelihatan memakai baju melayu, baju kurung dan berpayung.Malah, kenderaan juga kelihatan mulai diparkir di bahu jalan dan menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut. [Tonton Video].Bella dan Syed Saddiq sah bergelar suami isteri pada 10 Oktober lalu. Berdasarkan maklumat yang dikongsikan teamsaddiq di Istagram, majlis berkenaan akan berlangsung dari pukul 2 hingga 6 petang.Tetamu juga digalakkan menaiki Grab ke majlis tersebut dengan menggunakan kod diskaun BASS25 bagi menikmati harga yang murah bagi ke acara tersebut.Untuk rekod, Syed Saddiq, 33 dan Bella sah bergelar pasangan suami isteri dalam majlis pernikahan yang berlangsung pada 10 Oktober lalu di Tingkat 118, Merdeka 118 Percint, Kuala Lumpur.Pasangan itu kemudian diraikan dalam satu majlis resepsi bertempat di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada 18 Oktober.Satu lagi kenduri rakyat sebagai penghargaan kepada peminat akan berlangsung di negeri kelahiran Bella iaitu Kota Kinabalu, Sabah.