suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri rasa diri buruk, selekeh macam Rohingya selepas beranak dua... Takut suami hilang perasaan sayang, cari perempuan lain

Perubahan fizikal selepas bersalin boleh menjejaskan keyakinan diri seorang isteri. -Gambar hiasan AI

PERUBAHAN fizikal selepas bersalin boleh menjejaskan keyakinan diri sesetengah wanita, terutama apabila mula membandingkan penampilan dengan orang lain.

Seorang wanita meluahkan rasa rendah diri apabila berat badannya bertambah selepas melahirkan dua orang anak sehingga berasa malu untuk menghadiri perjumpaan bersama rakan-rakan suaminya.

Menerusi perkongsian di media sosial, wanita itu mengakui dirinya semakin berisi selepas bersalin berbeza dengan isteri rakan-rakan suaminya yang dilihat kekal langsing.

"Kesian dekat suami... lepas saya beranak dua, menyusu badan terus jadi gemuk, buruk, selekeh dan busuk. Saya tahu untuk cantik semula ambil masa.

Rasa kurang keyakinan diri boleh membuatkan seseorang memilih untuk mengelak daripada berada di khalayak ramai. -Gambar hiasan AI

"Cumanya bila tiba masanya itu, saya tak tahu. Selera boleh lari bila tengok isteri muka entah apa-apa macam saya ni hari-hari.

"Kenapa la tak boleh cantik macam ibu-ibu yang lain? Tengok kawan-kawan lain yang dah beranak semua badan sama je. Ada yang lagi kurus lepas beranak.

Dalam luahan itu juga, dia turut bimbang sekiranya perubahan fizikal itu membuatkan suaminya hilang rasa sayang terhadap dirinya.

Dalam hantaran susulan, dia meminta maaf kepada suaminya kerana merasakan dirinya tidak secantik isteri rakan-rakan lelaki itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Suami jadi bidan terjun pukul 2 pagi, isteri terus beranak selepas ‘push kedua’ – “Bukan pertama kali, tapi tak sangka di rumah”

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hampir mati masa bersalin... Suami seolah berdendam', sisih bayi dilahirkan! Anak-anak lain dilayan mesra

Dia mengakui malu untuk menyertai perjumpaan bersama mereka dan berharap suaminya dapat menerima dirinya seadanya.

"Yang saya ni makin berat. Insecure betul, tapi tak apa la kalau suami tak nak saya dah. Saya ada anak-anak. Minta maaf biy (panggilan suami) saya tak cantik macam isteri kawan-kawan awak.

"Saya malu dengan diri sendiri. Saya malu kalau nak join gathering dengan kawan-kawan awak. Isteri mereka semua cantik-cantik.

"Sampai dekat saya, selekeh macam Rohingya. Saya harap suami masih sayang dan terima saya seadanya. Saya doakan hati awak dijauhi dan diharamkan rasa nak menduakan saya," luahnya lagi.

  • Wanita rendah diri selepas berat badan naik lepas beranak dua.
  • Malu ikut perjumpaan rakan suami kerana rasa diri selekeh.
  • Risau suami hilang rasa sayang selepas penampilan berubah.
  • Berharap suami menerima dirinya seadanya selepas bersalin.
  • Netizen kongsi pengalaman dan beri kata-kata semangat.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi pengguna Threads yang tampil memberikan kata-kata semangat serta berkongsi pengalaman masing-masing selepas melahirkan anak.

Ada yang mengingatkan bahawa tidak semua lelaki menyukai wanita bertubuh kurus, malah ada yang tetap menganggap wanita berisi sebagai menarik.

"Saya pun gemuk lepas beranak. Suami saya pula kurus macam tak cukup gizi. Tapi saya cakap dekat suami, kalau dia curang lepas saya beranak semata-mata sebab saya gemuk.

"Saya doakan dia semoga hidup miskin balik macam masa dia bujang dulu. Pandai-pandai la dia nak hidup macam mana dengan keputusan yang dia buat nanti," komen seorang netizen.

Artikel Lain