suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lepas habis SPM terus ‘ditunggang’ mak ayah, suka hati guna MyKad buat pinjaman bank... Dah kena CTOS terus dilabel derhaka!

Ibu bapa tidak seharusnya meletakkan tanggungjawab kewangan sepenuhnya kepada anak-anak. -Gambar hiasan AI

PERSELISIHAN faham dan konflik dalam keluarga adalah lumrah, namun ada kalanya konflik yang berlaku boleh meninggalkan kesan emosi mendalam.

Seorang gadis meluahkan rasa terkilan apabila dilabel sebagai 'anak derhaka' oleh keluarga sendiri hanya kerana mengambil semula kereta miliknya untuk kegunaan harian ke tempat kerja.

Menurut gadis itu, keputusan berkenaan terpaksa dibuat demi kelancaran urusannya, namun tindakan berkenaan membawa pertelingkahan besar antara dia dan ibu bapa.

Sekatan kewangan untuk membuat pinjaman masa depan antara yang bakal dihadapi apabila nama tersenarai dalam CTOS. -Gambar hiasan AI

Sekatan kewangan untuk membuat pinjaman masa depan antara yang bakal dihadapi apabila nama tersenarai dalam CTOS. -Gambar hiasan AI 

“Aku sudah dilabel sebagai anak derhaka selepas ambil semula kereta yang sebelum ini digunakan keluarga.

"Tapi itu kereta aku, aku terima gelaran itu sebab memang aku perlukan kereta,” katanya.

Kisah penderitaan gadis ini bermula sebaik sahaja dia tamat persekolahan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mula melangkah ke alam pekerjaan, di mana maklumat peribadinya mula digunakan oleh ibu bapa untuk membuat pelbagai pinjaman.

“Kata mereka, nama aku masih bersih. Kemudian, mereka guna nombor kad pengenalan aku lagi untuk membeli motosikal dan telefon.

"Alasannya sama, iaitu rekod masih bersih dan nama mereka sudah tidak boleh digunakan. Mereka kata saya sudah bekerja dan boleh membantu ringankan beban,” kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: SA senior buat tak layan pelanggan pandu Wira, pekerja baharu akhirnya ‘close deal’ dua buah kereta! - “Tengok slip gaji terus kering darah!”

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada duit nak sertai hari keluarga, lelaki terpaksa berbohong demi tutup malu - “Tak dapat cuti kak”

Gadis itu mengakui kesilapannya kerana membenarkan ibu bapanya menggunakan maklumat peribadi untuk membuat pinjaman. 

“Kalau aku tak benarkan, ayah akan marah, manakala mak pula akan mendiamkan diri. Cuba teka apa yang berlaku sekarang?” katanya.

Nasibnya lebih malang apabila pinjaman yang dibuat atas namanya gagal dilunaskan oleh ibu bapa, sekali gus menyebabkan dia tersenarai dalam sistem CTOS akibat tunggakan.

“Aku hanya tahu selepas terima e-mel yang memaklumkan nama sudah tersenarai dalam CTOS. Aku kecewa dan berasa dianiaya.

"Semua pinjaman itu bermasalah kecuali kereta kerana walaupun sebelum ini aku tak guna, aku tetap bayar ansuran kerana tahu kesan jika terlepas bayar pinjaman bank,” luahnya.

  • Dilabel anak derhaka selepas ambil semula kereta sendiri.
  • Dakwa ibu bapa guna namanya untuk pinjaman.
  • Pinjaman tertunggak hingga nama tersenarai dalam CTOS.
  • Kecewa pengorbanan membantu keluarga tidak dihargai.
  • Bakal berkahwin bulan depan, bersyukur diterima keluarga bakal suami.

Lebih menyayat hati, bapanya seolah-olah memandang remeh isu tunggakan kredit berkenaan dan turut mengeluarkan kata-kata yang menggores perasaannya ketika mereka bertengkar.

“Paling buat aku kecil hati apabila ayah berkata... ingatkan anak sudah bekerja, hidup akan jadi senang. Rupanya sama sahaja susah.

“Aku terasa hati kerana sebelum ini aku banyak membantu. Namun, apabila aku buat keputusan untuk tak bantu lagi, ayah kata begitu,” katanya sambil mengakui dia sekadar mahu meluahkan apa yang terbuku di hati.

Katanya, sukar untuk berkongsi masalah sebegitu dengan orang lain kerana selalunya dia hanya diminta untuk terus mengalah dan mengutamakan ibu bapa.

Di sebalik ujian berat itu, dia bersyukur kerana bakal mendirikan rumah tangga bulan depan selepas direstui dan diterima dengan penuh kasih sayang oleh keluarga bakal suaminya.

“Akhirnya, ada orang yang hargai aku bukan kerana wang. Hanya Allah yang tahu betapa bersyukurnya aku kerana dipertemukan dengan keluarga bakal suami yang menyayangi aku seperti anak sendiri,” katanya.

Artikel Lain