suria

Isteri hampir mati masa bersalin... Suami seolah berdendam', sisih bayi dilahirkan! Anak-anak lain dilayan mesra

Ibu bapa tidak sepatutnya membezakan layanan antara anak-anak. -Gambar hiasan

PROSES melahirkan bayi adalah detik penuh risiko yang meletakkan seorang wanita di antara hidup dan mati demi zuriat tercinta.

Di laman X, seorang wanita meraih perhatian selepas berkongsi kisah dirinya yang mengalami komplikasi teruk ketika melahirkan anak kelima.

Walaupun berjaya melahirkan si bongsu dengan selamat, dia berkata suaminya seolah-olah tidak boleh menerima kelahiran zuriat itu.

Primary school studentscarrying bags . Story on reduce of books in students schools bags. (14/4/2022). —AZHAR MAHFOF/The Star

Anak yang menjadi mangsa pilih kasih berkemungkinan akan membesar dengan tekanan emosi. -Gambar hiasan

"Ada tak sesiapa yang hampir mati masa melahirkan? Adakah suami macam benci atau tak suka anak tu?

"Aku perasan, suami kalau dengan anak bongsu mesti kasar. Dia satu-satunya anak yang lahir melalui pembedahan.

"Mengandung semua okay, tapi tak keluar masa teran sampai aku pitam banyak kali, bahagian bawah (alat sulit) aku terkeluar dan koyak," tulisnya.

  • Wanita hampir maut ketika melahirkan anak kelima.
  • Dia perasan suami bersikap dingin terhadap anak itu.
  • Perubahan sikap suami mula disedari sejak tempoh berpantang.
  • Suami mengaku trauma kerana isteri hampir meninggal dunia ketika bersalin.
  • Walaupun kurang mesra, suami tetap menjaga anak bongsu dan sering mendoakannya.

Menurut wanita itu, dia menyedari perubahan sikap suaminya sejak dalam pantang dan ia masih berlarutan sehingga ke hari ini.

Kini, anaknya yang semakin membesar juga seolah-olah mengerti sikap dingin yang dipamerkan oleh bapanya sendiri.

"Mungkin dari kecil dia tahu ayah tak berapa suka dia. Aku selalu ribakan dia bila suami main dengan anak-anak yang lain, dia tak akan dekati ayahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Stres disuruh tambah anak, wanita 'sekolahkan' ibu kandung zaman dah berubah... Senarai hujah panjang lebar!

ARTIKEL BERKAITAN: “Annoying pula rasa” - Wanita anggap nama anaknya dah tak ‘special’, orang terdekat diam-diam ‘ciplak’

"Aku dah banyak kali tegur suami, tapi dia marah balik. Dia cakap dia trauma sebab aku hampir mati. Tak adil untuk anak aku.

"Bila suruh suami pegang, peluk atau cium, sekejap je dia buat. Kontra sangat layanan dekat si bongsu dengan abang kakak lain. Cakap pun kasar je," kongsinya lagi.

Di sebalik layanan kurang mesra itu, wanita itu berkata suaminya tetap menjaga anak bongsu mereka.

Children looking for porn sites on tablet.

Setiap anak pasti mendambakan kasih sayang daripada ibu dan bapa. -Gambar hiasan

Malah, dia berkata suaminya juga tak lupa menyelitkan nama si bongsu itu dalam setiap doanya.

"Aku dah baca semua doa. Dia pun berdoa dan baca Yasin untuk lembutkan hati tapi masih tak berubah. Aku takut anak trauma seumur hidup.

"Aku tahu jauh di sudut hati, dia sayangkan bongsu," kongsi wanita itu lagi.

Artikel Lain