suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

10 bekas exco Negeri Sembilan tarik balik saman

Krisis perlembagaan di Negeri Sembilan terus menjadi perhatian ramai sehingga ke hari ini. -Gambar hiasan

MAHKAMAH Tinggi Seremban dimaklumkan 10 bekas anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan menarik balik saman pemula terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri dan dua pihak lain berhubung krisis perlembagaan di negeri itu, tanpa kebebasan untuk memfailkan semula saman berkenaan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Roz Mawar Rozain membenarkan penarikan balik saman itu pada Rabu selepas dimaklumkan oleh peguam plaintif, Datuk Mohd Hafarizam Harun bahawa anak guamnya memutuskan untuk menarik balik keseluruhan saman, termasuk permohonan di bawah bidang kuasa asal Mahkamah Persekutuan.

Hafarizam berkata, keputusan itu dibuat susulan perkembangan terbaharu berhubung peletakan jawatan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim, dengan mengambil kira peruntukan Perlembagaan Negeri bahawa keseluruhan barisan Exco turut terhenti daripada memegang jawatan apabila Menteri Besar meletakkan jawatan.

"Alasan penarikan balik ini adalah kerana keadaan sudah berubah berikutan perkembangan semasa dan barisan Exco, selaras dengan peruntukan perlembagaan, akan turut gugur atau terbubar apabila seseorang Menteri Besar meletakkan jawatan," katanya ketika prosiding berlangsung.

Bagaimanapun, Roz Mawar menjelaskan Ismail masih belum meletakkan jawatan secara rasmi ketika prosiding berlangsung, sebaliknya hanya mengemukakan surat peletakan jawatan dan masih belum menerima perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

ARTIKEL BERKAITAN: Peletakan jawatan MB Negeri Sembilan perlu perkenan Tuanku Muhriz

Hafarizam menjawab bahawa pihak plaintif pada awalnya memohon supaya prosiding ditangguhkan sehingga Jumaat  bagi memberi ruang kepada Tuanku Muhriz mengeluarkan titah berhubung peletakan jawatan itu, namun kemudian memutuskan untuk menarik balik prosiding berkenaan.

Mahkamah turut memerintahkan plaintif membayar kos sebanyak RM20,000 kepada defendan pertama, iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri; RM20,000 kepada defendan kedua, Kerajaan Negeri; dan RM8,000 kepada defendan ketiga, Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (DKU), tertakluk kepada penilaian pendaftar.

10 bekas Exco berkenaan sebelum ini memfailkan saman bagi mendapatkan tafsiran terhadap Perlembagaan Negeri dengan menamakan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri sebagai defendan, manakala DKU diberikan kebenaran untuk mencelah dalam saman itu. -The Star

Artikel Lain