suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak Ismail Lasim luah rasa terkilan, anggap tak wajar ‘orang sendiri’ dijadikan kambing hitam

Ismail dilaporkan mengemukakan surat peletakan jawatannya kepada Tuanku Muhriz pada Isnin.

HANTARAN individu dipercayai anak kepada Menteri Besar Negeri Sembilan,  Datuk Ismail Lasim mengundang perhatian susulan mempersoalkan kenyataan pihak tertentu mengenai peletakan jawatan bapanya.

Menggunakan akaun @naimismaill_ di Instagram, individu berkenaan meluahkan perasaan kecewa dan mendakwa ada usaha untuk menjatuhkan bapanya.

"Siapa yang keluarkan kenyataan mahu meletakkan jawatan? Adakah tuan sendiri yang membuat kenyataan tersebut? Kalau bukan, atas dasar apa parti tampil mengeluarkan kenyataan media?" tulisnya.

Menurutnya, dari awal lagi segala arahan parti telah dipatuhi bapanya, namun akhirnya perkara yang sebaliknya terjadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Peletakan jawatan MB Negeri Sembilan perlu perkenan Tuanku Muhriz

"Belum apa-apa selesai dah ada usaha untuk menjatuhkan orang sendiri.

"Jangan kerana kepentingan pihak tertentu, orang lain dijadikan kambing hitam," tulisnya.

Tambahnya lagi, tidak wajar sekiranya 'orang sendiri' diperlakukan sedemikian jika benar matlamat adalah untuk menjaga parti.

"Semua orang tahu apa yang berlaku. Jangan buat seolah-olah hanya satu pihak yang bersalah," tulisnya lagi.

Terdahulu mStar melaporkan Ismail mengemukakan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir pada Isnin.

Peletakan jawatan itu disahkan Barisan Nasional (BN) menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Menurut Zambry, Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sudah menerima salinan surat bertarikh 16 November yang diutuskan kepada Tuanku Muhriz.

Artikel Lain