suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hazama dedah alasan tidak sertai GV Fantasia... Isu jadual bukan sebab merajuk

Nama Hazama antara menjadi sebutan untuk sertai GVF.

PENYANYI Hazama menjelaskan ketiadaannya dalam program realiti Gegar Vaganza Fantasia (GVF) bukan kerana merajuk atau terikat dengan kontrak eksklusif mana-mana stesen televisyen.

Sebaliknya Hazama, 42, berkata, dia terpaksa mengambil keputusan tersebut kerana kekangan jadual kerja yang terlalu padat sehingga hujung tahun. 

“Saya bukan menolak, pihak mereka memang ada menawarkan sesi perbincangan dengan saya. Tetapi seperti kita tahu, penghujung tahun ini memang waktu sibuk buat penyanyi kerana banyak acara berlangsung setiap minggu.

Hazama juga terikat dengan komitmen kerja lain. 

“Ada pelanggan yang sudah saya ambil bayaran penuh 100 peratus dan ada yang sudah bayar 50 peratus. Jadi daripada segi etika dan prinsip kerja, saya sudah berjanji dengan mereka.

“Tarikh program itu pula banyak bertembung (clash) dengan jadual sedia ada. Jadi memang saya tidak boleh memberi komitmen, itu sahaja. Bukan sebab merajuk atau apa-apa,” katanya ketika ditemui mStar. 

Hazama berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Sidang Media Konsert Magnum Opus: M. Nasir Dekat Ke-5 pada Isnin. 

ARTIKEL BERKAITAN: Akim & Stacy bersaing di GV Fantasia, suami isteri sepakat jaga mental masing-masing 

ARTIKEL BERKAITAN: Teka-teki terjawab... Akim, Farah, Felix & Ara layak ke GV Fantasia

Dalam pada itu, Hazama menafikan spekulasi segelintir pihak yang menyifatkan dirinya masih relevan dan statusnya melangkaui tahap pertandingan itu.

Bagaimanapun, Hazama mengakui faktor usia serta komitmen intensif selama 10 minggu berturut-turut menjadi pertimbangan utama buat dirinya ketika ini.

“Saya tidak berani hendak cakap perkara itu sebab program berkenaan kadangkala menjadi harapan buat sesetengah orang. Saya takut nanti orang salah faham dengan kenyataan saya.

Jadi daripada segi etika dan prinsip kerja, saya sudah berjanji dengan mereka

HAZAMA 

PENYANYI 

“Bukan itu maksud saya dan saya tidak pernah cakap soal 'level'. Hakikatnya, dengan tanggungjawab hidup sekarang, saya tidak mampu memberi komitmen untuk program berdurasi 10 minggu yang menuntut fokus setiap minggu.

“Bila masuk pertandingan, komitmen bukan pada hari konsert sahaja tetapi bermula seawal hari Isnin. Tekanan bertanding itu berbeza. Kalau zaman usia awal atau hujung 20-an dahulu mungkin saya ada tenaga sebegitu, tetapi sekarang banyak perkara lain perlu diberi tumpuan. Kalau pertandingan setahun sekali, insya-Allah saya boleh fokus,” jelasnya.

Banyak faktor yang perlu Hazama pertimbangkan jika sertai GVF. 

Menepis dakwaan kononnya dia disekat daripada menyertai program berkenaan kerana terikat dengan stesen televisyen pesaing, Hazama menegaskan dirinya bergerak secara bebas. 

“Oh tidak, saya bergerak secara bebas dan tidak terikat dengan mana-mana stesen televisyen pun. Tiada isu itu langsung.

“Saya boleh bekerja dengan TV1, TV2, TV3. kalau ada 10 stesen TV di Malaysia ini, kesepuluh-sepuluh itu saya bekerja. Saya adalah seniman Malaysia yang berkhidmat untuk semua media massa” ujarnya.

Artikel Lain