suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Tak boleh suka-suka hantar“ - M. Nasir saran kaji kehendak pertandingan sebelum utus wakil

M. Nasir lihat pertandingan antarabangsa cenderung cari lagu yang menarik berbanding vokal hebat.

PENYANYI Datuk M. Nasir berpendapat pentas berprestij seperti Eurovision Song Contest Asia bukan platform untuk mencari penyanyi yang memiliki kehebatan vokal semata-mata.

Sebaliknya, M. Nasir atau Mohd Nasir Mohamed, 68, berkata pertandingan itu lebih memfokuskan kepada lagu serta persembahan yang mudah melekat di hati penonton.

“Sebenarnya kita mesti hendak tahu apa itu Eurovision dan apa yang mereka mahukan. Kalau kita hendak pergi ke sana, kita kena tahu bagaimana bentuk lagunya, persembahan dan artis macam mana yang mereka hendak.

M. Nasir akui sudah lama ikuti pertandingan asal Eurovision yang popular di Eropah.

“Kita perlu tahu perkara itu dan tidak boleh pandai-pandai atau suka-suka sahaja hantar. Tidak boleh begitu. Kita tidak faham sebenarnya apa kehendak Eurovision itu.

“Ia bukan hendak orang yang paling bagus menyanyi. Mereka hendak persembahan yang catchy, lagu yang catchy. Itu sebenarnya yang menarik. Bagi kita mungkin sudah cukup, tetapi pada pandangan antarabangsa itu lain,” katanya kepada mStar.

M Nasir berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Sidang Media Konsert Magnum Opus: M. Nasir Dekat Ke-5 pada Isnin. 

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul raih tempat keempat Eurovision Asia 2026, Filipina muncul juara 

ARTIKEL BERKAITAN: M Nasir kagumi karya klasik, rakam semula lagu Melayu pertama untuk projek ‘100 Lagu 100 Tahun’

Bercerita lanjut, M. Nasir mendedahkan dia sudah lama mengikuti perkembangan pertandingan berusia lebih enam dekad lalu.

“Ia peraduan yang sudah lama, usianya lebih kurang 60 ke 70 tahun sejak zaman kumpulan Abba dahulu. Eurovision popular di Eropah sebab ia untuk Eropah sahaja, jadi sekarang sudah dibuka dan kita cuba masuk namun belum berhasil.

“Saya sudah ikut Eurovision ini sejak kecil lagi, sejak saya kenal Abba dahulu. Tidak ada muzik yang terlalu berkualiti tinggi sangat diharapkan dalam Eurovision, tetapi itulah apa yang mereka hendak.

“Begitu juga kalau peraduan dunia umpamanya. Dahulu ada peraduan Yamaha World Song Festival, kita pernah masuk tetapi tidak pernah dapat apa-apa pun. Jadi kita perlu tahu apa kehendak dunia ini,” jelasnya.

Aina mendapat tempat keempat dalam Eurovision Song Contest Asia 2026.

Ditanya mengenai persembahan wakil negara, Aina Abdul pada pentas Eurovision Song Contest Asia 2026, M. Nasir mengakui dia hanya mengikuti perkembangan tersebut secara ringkas.

“Saya ikut sikit-sikit sahajalah, sikit-sikit saya dengar begitu,” ujarnya ringkas.

Untuk rekod, Aina mencipta sejarah sebagai peserta pertama mewakili Malaysia ke pentas sulung Eurovision Song Contest Asia 2026 di Bangkok, Thailand, Sabtu lalu.

Menerusi lagu Bluest Sky, Aina menamatkan saingan di tempat keempat daripada keseluruhan 11 negara yang bertanding.

Artikel Lain