suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nama disalah guna, Uji Rashid mohon jangan tertipu - “Saya tidak pernah minta bantuan”

Uji mohon orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang tabung bantuan.

PENYANYI legenda, Uji Rashid meminta orang ramai supaya tidak terpedaya dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang dipercayai menggunakan namanya untuk mengutip sumbangan menerusi media sosial.

Uji atau Fuziah Haroun Al Rashid, 73, berkata dia tidak pernah meminta bantuan orang ramai mahupun mengarahkan mana-mana individu membuka tabung kutipan derma bagi menganjurkan majlis bacaan Yasin dan tahlil buat anaknya, Allahyarham Cico Harahap.

Menurut Uji, dia dimaklumkan terdapat pihak menyebarkan maklumat kononnya dia memohon sumbangan orang ramai berserta nombor akaun bank bagi tujuan itu.

“Ada orang sampaikan kepada saya, tak pasti sama ada di TikTok atau Facebook, katanya Uji Rashid minta orang bersedekah pada saya untuk menganjurkan majlis tahlil. 

Uji bersyukur menerima bantuan daripada penggiat seni.

“Saya tidak pernah tanya siapa-siapa (minta bantuan), saya tak mahu orang buat begitu. Mereka siap kongsikan akaun bank supaya orang derma. 

“Saya minta tolong sangat jangan terpedaya kerana saya tidak pernah meminta,” katanya kepada mStar. 

Uji berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis bacaan yassin dan tahlil serta penyerahan sumbangan yang diadakan di Masjid Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor pada petang Ahad. 

Dalam pada itu, Uji meluahkan rasa syukur apabila menerima bantuan daripada rakan-rakan penggiat seni yang prihatin dengan keadaannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Uji Rashid jawab spekulasi keberadaan bapa Cico, bekas suami sudah meninggal September lalu

ARTIKEL BERKAITAN: Cico Harahap meninggal dunia akibat sesak nafas

“Alhamdulillah saya menerima bantuan daripada rakan penggiat seni, orang dah bagi jadi tak perlu saya meminta lagi. 

“Saya tak pernah wujudkan tabung minta bantuan. Minta tolong jangan guna nama saya dan ambil duit itu,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Uji berkata dia tidak menolak sebarang bantuan, namun lebih selesa menerima sumbangan menerusi individu yang dipercayainya.

“Saya boleh terima bantuan tetapi biarlah daripada individu yang dipercayai. Ada orang beri pada Datin Salwa (rakan artis) untuk sedekahkan kepada saya. 

“Saya tidak kisah sekiranya bantuan itu datang daripada orang yang saya percaya. 

Uji (tengah) kehilangan anak tunggal, Cico pada 8 November lalu.

“Saya juga minta maaf kerana tidak boleh menerima sebarang lawatan daripada rakan-rakan, saya belum bersedia untuk berjumpa dengan orang ramai,” katanya. 

Pada 8 November lalu, Cico disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 11 pagi di Hospital Ampang, Selangor akibat sesak nafas.

Jenazah Allahyarham kemudian disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang.

Allahyarham meninggalkan seorang anak perempuan, Rindu Nur Fitrah, 18, hasil perkahwinan bersama bekas isterinya, Nur Fuziani Abdullah.

 

Artikel Lain