suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Andi Bernadee terkejut lagu ciptaannya jadi pilihan penyanyi Laos di pentas Eurovision Asia

Andi bangga apabila lagunya menjadi pilihan Thinla (kiri).

PENYANYI Andi Bernadee tidak menyangka lagu ciptaannya berjudul Bae menjadi pilihan peserta dari Laos iaitu Thinla untuk dipertandingkan di pentas Eurovision Song Contest Asia 2026 pada Sabtu lalu.

Jelas Andi atau Andi Azrul Andi Mapangile, 35, pada masa sama dia turut berbangga apabila rakan artis, Aina Abdul bertanding dengan lagu ciptaan sendiri juga.

"Saya dapat tahu Thinla pilih lagu itu beberapa minggu sebelum Eurovision Asia berlangsung. Memang terkejut dan tak sangka. Tetapi bila saya dengar kembali, lagu itu memang sesuai untuk dia.

"Rasa bangga pun ada juga sebab Eurovision satu pentas besar. Bukanlah Aina seorang sahaja yang bertanding, saya pun bawa nama Malaysia ke pentas itu," katanya ketika dihubungi mStar.

Andi bersama dua komposer dari luar negara ketika menciptakan lagu Bae. 

Andi sebelum ini menerusi satu perkongsian di Instagram mendedahkan perkara tersebut dan meminta orang ramai agar tidak memperkecilkan lagu berkenaan.

Berkongsi lanjut, penyanyi ini memberitahu karya berkenaan dihasilkan sekitar September 2025 menerusi kerjasama dengan dua orang komposer iaitu Rebbi James dari United Kingdom dan Johan Gustafsson (Sweden).

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul raih tempat keempat Eurovision Asia 2026, Filipina muncul juara 

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul mohon maaf jika pencapaian Eurovision Song Contest kecewakan Malaysia

Lebih membanggakan buat Andi, ini merupakan karya pertama hasil ciptaannya yang dinyanyikan oleh penyanyi dari luar negara.

"Lagu itu kami cipta ketika satu sesi writing camp bersama kemudian dijadikan dalam simpanan. Belum terfikir lagi nak rakamkan lagu tersebut.

Andi bertindak sebagai komposer dan penulis lirik lagu Bae. 

"Bila dengar Thinla menyanyi, saya tidak rasa menyesal pun kerana tak rakamkan lebih awal. Ada sebab lagu itu dinyanyikan dia," ujarnya. 

Dalam pertandingan Eurovision Song Contest Asia 2026 yang berlangsung di Bangkok, Thailand, Thinla menduduki nombor lima menerusi pemarkahan juri dan undian.

Sementara itu, Aina berjaya mendapat tempat keempat menerusi lagu ciptaannya sendiri berjudul Bluest Sky.

Artikel Lain