BANTUAN kewangan diterima pelajar menerusi biasiswa sepatutnya digunakan untuk menampung kos pengajian serta keperluan sepanjang berada di institusi pendidikan.Namun berbeza pula situasi seorang pelajar apabila berdepan tuntutan keluarga yang turut mengharapkan sebahagian daripada wang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang baru diterimanya. Pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di sebuah universiti awam itu berkata, dia belum sempat menjelaskan yuran pengajian apabila ahli keluarga terlebih dahulu meminta sebahagian besar wang tersebut."Baru sehari dapat duit JPA, belum sempat lagi langsaikan yuran tapi famili sudah minta dulu. Saya okey je nak bagi tapi banyak sangat mereka minta.Ibu bapa sepatutnya meringankan beban anak, bukan sebaliknya. -Gambar hiasan AI"Jumlahnya lebih daripada separuh duit JPA diberikan kepada mereka. Kata keluarga, saya kena belajar untuk balas jasa keluarga," luahnya di Threads.Menurutnya, jumlah wang diminta membuatkan dirinya serba salah memandangkan masih banyak komitmen pengajian perlu diselesaikan.Antaranya termasuk yuran kolej, yuran pengajian, pembelian buku, bahan bercetak, yuran kelab serta perbelanjaan harian sehingga tamat semester.ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar B40 teringin beli iPhone guna biasiswa, ‘reward’ dapat belajar di luar negara - “Bukan guna duit parents aku pun!”ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar cemerlang SPM gagal dapat biasiswa, ibu bapa langsung buat tak peduli persiapan masuk universiti - “Baju pun belum beli lagi”"Dengan duit baki selepas keluarga ambil nanti, saya nak guna untuk bayar kolej, yuran pengajian, buku, bahan-bahan untuk dicetak, yuran kelab persatuan dan duit belanja."Itu saja duit yang saya akan guna sampai habis semester jadi saya rasa terkilan sangat dengan keluarga. Mereka tahu saya dapat JPA dan taqwim biasiswa itu. "Jadinya, bila mula saja tarikh mula pembayaran untuk IPTA saya, mereka akan mula bertanya. Salah saya sebab beritahu mereka jumlah saya terima," katanya lagi.Pelajar terima biasiswa JPA tetapi keluarga minta lebih separuh wang.Belum sempat bayar yuran pengajian, keluarga sudah meminta duit.Keluarga beri alasan mahu anak membalas jasa.Baki biasiswa perlu menampung yuran kolej, buku dan belanja harian.Warganet nasihatkan pelajar utamakan keperluan pengajian.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-ratanya menasihati pelajar berkenaan supaya mengutamakan keperluan pendidikan terlebih dahulu."Duit itu keperluan awak untuk sara diri masa belajar. Patutnya keluarga bersyukur awak dapat bantuan. Memang ada mak ayah macam ini. Lain kali cakap duit habis bayar yuran."Balas jasa keluarga nanti bila dah dapat gaji hasil bekerja. Apa pula nak ambil duit JPA. Mereka tak fikir ke kalau belajar lagi beberapa tahun, banyak benda perlukan duit?"Untuk bahan pengajian, makan. Tak kan kau nak ikat perut masa belajar, tak makan apa semua sebab nak balas jasa keluarga," komen beberapa warganet.