KEJAYAAN memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan menjadi impian setiap pelajar, apatah lagi ia 'tiket' untuk mengubah nasib diri dan keluarga.Namun bagi seorang pelajar, kegembiraan memperoleh keputusan straight A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini hanya bertahan seketika. Ujar gadis ini, segalanya bermula apabila dia gagal mendapatkan biasiswa untuk menyambung pengajian ke peringkat universiti. Bukan sekadar berhadapan kekecewaan, dia juga merasakan dirinya mendapat layanan berbeza daripada keluarga.Kebanyakan ibu bapa mengharapkan anak-anaknya mendapat bantuan pengajian mahupun biasiswa pendidikan. -Gambar hiasan AI"Sekejap je gembira dapat A dalam semua mata pelajaran, apabila semua biasiswa reject, tiba-tiba mak ayah bagi layanan berbeza."Ya Allah, sedih sangat," luahnya berkongsi situasi yang dialami ketika ini.Apa lebih menyedihkan, dia mendakwa ibu bapanya juga enggan membantu menguruskan beberapa perkara rasmi yang diperlukan untuk melanjutkan pelajaran."Nak buka akaun bank untuk urusan universiti pun mereka tak nak tolong.Pelajar Straight A kecewa semua permohonan biasiswa ditolak.Dakwa ibu bapa mula memberi layanan berbeza selepas itu.Terkilan kerana tidak dibantu urus akaun bank dan dokumen universiti.Keperluan asrama termasuk pakaian masih belum disediakan walaupun pendaftaran hampir tiba.Netizen simpati dan galakkan dia teruskan pengajian tanpa berputus asa.Ringkasan ini dijana oleh AI"Aku ni bawah 18 tahun masalahnya, nak sahkan salinan pun mereka suruh aku pergi pejabat daerah sendiri," adunya yang terkilan dengan perubahan sikap kedua-dua ibu bapanya itu.Tambahnya lagi, kebanyakan keperluan untuk memasuki asrama seperti pakaian dan barangan peribadi juga belum dibelikan oleh ibu bapanya."Barang keperluan asrama semua tak beli lagi. Minggu depan dah nak daftar tapi baju pun tak ada.ARTIKEL BERKAITAN: “Sekurang-kurangnya RM50” - Dapat duit bulanan dari ayah pemandu lori, gadis B40 pelik ada pelajar guna PTPTN sara keluargaARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa ‘bunuh’ impian anak gadis habis SPM, tak izin sambung belajar! Suruh kerja gaji RM1,800 tampung belanja keluarga"Patah semangat aku nak sambung belajar kalau macam ini," katanya sambil menyatakan kekesalan kerana berusaha untuk mencapai keputusan cemerlang dalam SPM.Luahan itu mengundang perhatian netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasib pelajar berkenaan selain memberi kata-kata semangat agar dia tidak berputus asa mengejar cita-cita meskipun berdepan pelbagai cabaran."Sejenis mak ayah yang tak mahu tanggung kos pengajian anak dan harapkan biasiswa 100 peratus."Jangan biar layanan orang buat kau rasa tak bernilai, teruskan berusaha," demikian reaksi netizen.