PERKONGSIAN seorang badut penghibur tentang kebaikan dan sikap toleransi beberapa penduduk berbangsa Cina di Sitiawan, Perak tidak mengundang ketawa sebaliknya menyentuh hati masyarakat.Cerita pemuda dikenali sebagai Mr Chibi atau lebih dikenali sebagai Ijat Belon, ketika hari kejadian dia menerima tugasan mengendalikan majlis hari jadi sebuah keluarga berbangsa Cina di Kampung Koh, Sitiawan. Menurut Ijat, acara tersebut bermula 7.30 malam dan dan memohon kepada tuan rumah untuk tiba sedikit lewat bagi menunaikan solat terlebih dahulu.Katanya, kebetulan di sebelah rumah pelanggannya itu terdapat sebuah dewan orang ramai dan tidak menyangka beberapa penduduk yang berada di situ membenarkan dia menumpang solat di situ. Ijat berkongsi pengalaman terharu dibenarkan untuk tumpang solat sebelum memulakan kerja."Kawasan ini memang tempat majoritinya Cina, jadi surau memang jauh sikit."Memang tak sempat kalau saya nak solat dekat surau. Saya tengok ada dewan dekat sebelah rumah (klien). Saya pun masuk dan tegur pakcik-pakcik dan minta izin tumpang solat."Mereka sangat menyambut baik dan cakap boleh (tumpang solat). Yang lagi kelakar, uncle tu cakap loghat Perak. Terbaik la uncle-uncle dekat sini," cerita Ijat dalam hantaran tersebut.Ijat turut berkongsi sekeping foto yang menunjukkan sejadah dibawa dibentangkan di koridor sebuah dewan orang ramai berhampiran lokasi majlis hari jadi dikendalikannya.ARTIKEL BERKAITAN: “Toilet bukan untuk orang luar” - Wanita singgah ‘buang hajat’ sebelum solat terkejut disergah AJK masjidARTIKEL BERKAITAN: Hasrat tumpang solat Maghrib terbantut, ‘penghuni’ bilik atas riuh sekampung - “Buka pintu dah dengar orang berzikir”"Bukan nak cakap apa, tapi benda macam ini patut dikongsikan. Ramai je faham fasal orang Islam kena solat. Minta izin lewat setakat lima hingga 10 minit biasanya mereka okey je."Kalau nak tumpang solat dekat mana-mana pun boleh je. Gereja ke kuil ke, asalkan bersih, sah je solat," ujarnya lagi yang tersentuh dengan kebaikan masyarakat Cina di Sitiawan.Menurut Ijat, pengalaman serupa bukanlah perkara baharu kerana dia pernah beberapa kali memaklumkan kepada pelanggan bukan Islam sekiranya waktu acara bertembung dengan waktu solat.Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi positif daripada netizen yang turut berkongsi pengalaman baik melibatkan masyarakat berlainan agama dan kaum.Badut tumpang solat di dewan orang ramai, terharu layanan mesra masyarakat Cina.Surau jauh, badut mohon izin tumpang solat di dewan sebelum mula bekerja.Kisah badut cari tempat solat undang pujian, netizen kagum semangat toleransi.Tumpang solat di koridor dewan, pengalaman Ijat sentuh hati ramai.Perkongsian badut mengenai kebaikan pelanggan dan penduduk bukan Islam raih perhatian.Ringkasan ini dijana oleh AIRata-rata menyifatkan kisah berkenaan sebagai gambaran sebenar keharmonian rakyat Malaysia yang hidup bersama sejak kecil, bersekolah, bekerja dan berjiran tanpa mengira latar belakang."Terima kasih pada warga bukan Muslim yang baik, kebaikan anda amat diperlukan. Sama-sama kita hidup tenang dan saling menghormati."Saya suka cerita ini. Cerita macam ni menyentuh hati saya dan menunjukkan ada golongan yang memang betul-betul baik dengan orang lain."Kita memang okey je terutama bagi mereka yang memang dah bercampur sejak kecil, berjiran, sekolah dan kerja di tempat sama. Mereka sangat okey dan hormat bila kita pandai bawa diri, " komen sesetengah netizen.