suria

“Toilet bukan untuk orang luar” - Wanita singgah ‘buang hajat’ sebelum solat terkejut disergah AJK masjid

Mereka yang bermusafir sering menumpang untuk menunaikan solat di masjid. -Gambar hiasan

SINGGAH di masjid ketika dalam perjalanan jauh atau bermusafir sememangnya sudah menjadi kebiasaan ramai.

Di samping mahu menunaikan solat, ada yang mengambil kesempatan untuk berehat sebentar atau sekadar 'menumpang' menggunakan tandas memandangkan kebanyakan hentian penuh lebih-lebih lagi pada musim perayaan.  

Namun siapa sangka, niat yang baik pun boleh disalah erti.

Masjid merupakan antara lokasi pilihan musafir untuk menumpang solat serta berehat selepas menempuh perjalanan jauh. -Gambar hiasan

Begitulah situasi yang berlaku kepada seorang wanita yang berkongsi pengalaman pahitnya ketika singgah di sebuah masjid untuk menggunakan tandas dan menunaikan solat.

Ujarnya, sebaik keluar dari tandas, dia ditegur seorang lelaki berpangkat pakcik yang dipercayai Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid berkenaan.

"Mentality tak bagi 'orang luar' guna toilet masjid. Alang-alang nak berhenti solat, saya ke toilet juga. Tapi kena sound dengan seorang pakcik, dia kata... tak boleh, sebab orang luar," tulisnya dalam satu hantaran di laman sosial. 

ARTIKEL BERKAITAN: Singgah beli makan, tumpang tandas… Pelanggan teruja dapat tahu Mekdi sediakan kemudahan surau

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki berhenti tumpang tandas, sekeluarga konvoi 4 kereta dijamu juadah raya di warung waktu malam... betul ke wujud kedai tu?

Ujar individu berkenaan, kata-kata seterusnya yang keluar daripada mulut pakcik berkenaan ternyata lebih mengejutkan. 

"Kata pakcik tu... ikutkan tak boleh guna untuk orang luar, tapi awak dah masuk, tak apalah. Sekurang-kurangnya saya dah lepas tanggungjawab saya beritahu toilet bukan untuk orang luar'," kongsinya lagi.

Alang-alang nak berhenti solat, saya ke toilet juga... tapi kena sound dengan seorang pakcik.

PENGADU

Biarpun perasaannya bercampur baur selepas ditegur pakcik berkenaan, individu itu berkata dia pada mulanya memilih untuk menjelaskan situasi sebenar namun melupakan hasrat berkenaan kerana tidak mahu memanjangkan cerita.

Perkongsian tersebut mencetuskan reaksi pelbagai daripada warga maya namun rata-ratanya mengecam tindakan pakcik berkenaan yang dilihat hanya memberikan imej negatif rumah ibadah kepada masyarakat.

Solemn prayers!A boy looking on curiously while conducting the morning prayers during Hari Raya Haji Al- Adha at Sultan Azlan Shah Mosque Ipoh.RONNIE CHIN/The Star

Selain penduduk tempatan, tetamu luar seperti musafir adalah antara yang megimarahkan masjid. -Gambar hiasan

"Dia ingat masjid tu hak dia seorang ke?

"Apabila buat macam ni, orang akan pandang negatif seolah-olah masjid tu eksklusif untuk orang tertentu je.

"Orang nak menumpang solat pun kena marah," demikian antara komen netizen. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain