suria

Ipar duai ‘hamak’ naik Toyota Alphard, siap marah guna ‘car seat’ bayi... Wanita sakit hati kena pangku anak kecil 7 jam!

PERJALANAN yang panjang boleh meletihkan fizikal seseorang terutama anak kecil.

Oleh itu, keselamatan dan keselesaan si manja perlu dititikberatkan dengan menyediakan tempat duduk khas untuk bayi.

Maka tidak hairanlah apabila wanita ini meluahkan rasa geram apabila adik-beradik iparnya seperti tidak mempunyai common sense kerana ingin menumpang keretanya.

Hubungan adik beradik bolehmenjadi keruh kerana wang dan harta. -Gambar hiasan

Hubungan adik beradik boleh  menjadi keruh kerana wang dan harta. -Gambar hiasan

"Sakit betul hati, nak pergi kenduri di Pahang... perjalanan dua hingga tiga jam tapi aku kena marah sebab nak letak anak dalam car seat.

"Anak lelaki aku baru berusia setahun tiga bulan dan memang sentiasa duduk di car seat.

"Tapi semua orang nak sumbat dalam satu kereta," luahnya geram.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik menganggur guna kereta sampai sejam untuk beli barang, kakak tinggal RM50 ringgit... pening nak cari duit sudahlah gaji lambat lagi

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau ingat kereta ni gerak pakai niat?” - Wanita hilang sabar kawan tumpang tak hulur duit, penat jaga hati orang

Menurut ibu kepada seorang cahaya mata ini, tindakan adik-beradik iparnya itu membuatkan dia terpaksa memangku anaknya sepanjang perjalanan.

Lebih meletihkan apabila kesemua mereka tersangkut dalam kesesakan lalu lintas sejak pukul 4 petang sehinggalah 11 malam.

"Ada lima buah lagi kereta tapi mereka tak guna. Adik suami patut pandu sendiri, bawa anak isteri dia.

Aku memang berkeras, anak kena letak dalam car seat... keselamatan tu Utama.

WARGA MAYA

"Tapi nak sumbat dalam kereta aku juga," tambahnya yang menyesal kerana pulang ke kampung menggunakan Toyota Alphard.

Di ruang komen, warga maya memintanya lebih bertegas demi keselamatan dan keselesaan anak yang masih kecil.

"Keselamatan anak memang tak boleh compromise. Apa-apa jadi dekat anak, orang lain mampu kesian je, yang tanggung tu kita.

Netizen memintanya lebih bertegas.

Netizen memintanya lebih bertegas.

"Pernah jadi dulu, penumpang tambahan cakap kereta sempit, suami pula diam saja. Seorang anak pula menangis dalam car seat, saya? Minta suami pandu saja dan pekakkan telinga. 

"Kalau aku, memang hati kering, jangan bagi muka orang macam tu... semua nak tumpang ikut senang dia.

"Aku memang berkeras anak kena letak dalam car seat, kalau nak menyempit lebih baik aku dan anak tinggal tak pergi kenduri. Keselamatan tu utama," demikian reaksi warga maya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain