suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anne Hathaway timang cahaya mata ketiga

Anne selamat melahirkan cahaya mata ketiga.

PELAKON Anne Hathaway selamat menyambut kelahiran cahaya mata ketiga hasil perkongsian hidup bersama suaminya, Adam Shulman.

Pelakon berusia 44 tahun itu dilihat membawa bayi yang baru dilahirkannya ketika bersiar-siar di sekitar New York City pada Selasa.

Anne (kanan) dan suami teruja menyambut kelahiran anak ketiga.

Menurut laporan TMZ, Anne dilihat mendukung bayinya menggunakan alat pembawa bayi berwarna coklat ketika keluar bersama seorang rakan.

Pelakon filem The Princess Diaries itu tampil santai mengenakan seluar putih, kardigan ungu dan kot panjang kelabu selain melengkapkan penampilan dengan topi coklat serta cermin mata hitam.

ARTIKEL BERKAITAN: Umum hamil anak kedua, Anne Hathaway akui berusaha lawan kemandulan

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah Anne Hathaway nampak lebih tegang, netizen syak buat pembedahan plastik

Pada Jun lalu, Anne mengumumkan berita kehamilan anak ketiganya menerusi satu hantaran di Instagram.

Untuk rekod, Anne mendirikan rumah tangga dengan Adam pada September 2012.

Hasil perkahwinan itu, mereka turut dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Jonathan, 10, dan Jack, 7.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain