WAJAH cantik yang dimiliki oleh pelakon Anne Hathaway sering kali menjadi tumpuan ramai apabila dia tampil di acara karpet merah. Namun di sebalik pujian itu, timbul pula dakwaan Anne, 44, melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan lebih muda. Malah perubahan wajahnya yang kelihatan semakin tegang turut menjadi bualan selepas sebuah majalah fesyen berkongsi terbaharu pelakon berkenaan. Netizen membuat spekulasi Anne melakukan pembedahan plastik. Rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi termasuk ada yang mendakwa wajah pelakon itu kelihatan lebih tegang dan berbeza berbanding sebelum ini.“Wow, jelas dia buat sesuatu pada bahagian atas wajah. Mungkin angkat kening. Dia cuba alihkan perhatian atau menutupnya dengan rambut ditarik ke belakang. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 20 tahun, Anne Hathaway kembali dengan ‘The Princess Diaries 3’ARTIKEL BERKAITAN: Anne Hathaway hantar emel panjang lebar kepada wartawan, mohon maaf pamer sikap biadab“Dia (Anne) nampak muda, mesti ada melakukan sesuatu (pembedahan). "Rahang dan bahagian keningnya nampak berbeza. Pakar bedah plastik benar-benar melakukan kerja dengan baik," tulis netizen.Tidak cukup dengan itu, kemunculan pelakon The Princess Diaries ini dalam sebuah acara sebelum ini juga mula mencuri tumpuan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube