PENYANYI Charlie Puth mendedahkan dia kini memilih untuk menjauhi minuman beralkohol demi menjalani kehidupan yang lebih baik. Menurut Charlie, tabiat tersebut telah impak buruk terhadap cara dan gaya pemikirannya termasuk dalam membuat keputusan penting. Penyanyi lagu See You Again itu merasakan sudah tiba masanya untuk melakukan perubahan besar dalam hidup memandangkan isterinya Brooke Sansone bakal melahirkan cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi.Arak menjejaskan kesihatan Charlie dan kurangkan ingatan.“Saya benar-benar tidak minum alkohol sekarang sebab mengganggu fikiran dan susah nak buat keputusan ,” katanya.Charlie memberitahu keputusan itu dibuat selepas berdepan satu insiden mabuk yang sukar dikawal ketika berada di New York. Tambahnya, ketika orang lain mampu kembali menjalani aktiviti seperti biasa, dia terpaksa mengasingkan diri di bilik hotel bagi menenangkan fizikal dan mentalnya yang masih belum sedar sepenuhnya. ARTIKEL BERKAITAN: Charlie Puth dapat ilham lagu semasa sedang hubungan seks... Mengagumi bentuk badan dan punggung sendiriARTIKEL BERKAITAN: Charlie Puth ‘belanja’ gambar bogel sebelum lancar album baharuPerubahan besar itu turut memberi kesan terhadap proses kreatifnya apabila dia kini lebih tenang menyiapkan album keempat berjudul Whatever’s Clever! yang akan dilancarkan pada 27 Mac ini.Berbeza dengan karya terdahulu, album itu dihasilkan tanpa tekanan dalam industri seni. Charlie berharap karya terbaharunya itu mampu menampilkan muzik yang lebih jujur, selari dengan fasa baharu kehidupannya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube