PELAKON Korea Selatan, Oh Yoon Ah, berkongsi cabaran serta pengalaman sukar yang pernah dilaluinya sepanjang membesarkan anak lelakinya, Song Min, yang mempunyai ketidakupayaan perkembangan atau autisme.Menurut Yoon Ah, 46, anaknya itu pernah menggigit orang tidak dikenali ketika berusia tujuh tahun semasa berada di tempat awam sehingga mereka terpaksa membayar pampasan. “Kami pernah pergi ke taman tema dan dia menarik rambut seorang gadis yang lalu. Saya terpaksa memohon maaf dan kemudian dihubungi untuk membayar pampasan,” katanya.Yoon Ah bersama keluarga meraikan kejayaan Song Min.Perkara tersebut dikongsikan menerusi sebuah video bertajuk Graduation Ceremony at Milal School for Students With Developmental Disabilities yang dimuat naik di saluran YouTube milik Yoon Ah.Yoon Ah dilihat tidak dapat menahan sebak ketika menyaksikan Song Min kini berjaya menggenggam diploma sambil mengimbau perjalanan hidup mereka yang penuh dugaan sejak sekian lama.Dalam video yang sama, pelakon itu turut berkongsi perubahan positif Song Min yang kini dilihat semakin tenang dan lebih terkawal.Melihat perkembangan anaknya yang semakin matang dan stabil, Yoon Ah meluahkan harapan agar Song Min, 19, mampu memberi sumbangan kepada masyarakat pada masa hadapan.ARTIKEL BERKAITAN: Hunny Madu kena sergah tak pandai jaga anak, kesedaran masyarakat Jepun tentang autisme rendahARTIKEL BERKAITAN: “Dia terapung nampak kepala saja” - Zarina Zainuddin cerita pengalaman anak autisme terjun sungai, syukur dari kecil dah ajar berenang“Apabila Min mula bekerja dan menerima gaji, saya harap dia dapat menderma.“Jika dia mendapat pekerjaan, saya mahu dia memberi biasiswa kepada sekolahnya,” ujarnya.Untuk rekod, Yoon Ah berkahwin dengan seorang lelaki bukan selebriti pada 2007, namun pasangan itu bercerai pada 2015.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube