suria

Ibu Virgoun lamar jadi menantu, Dewi Perssik belum sedia jalin hubungan serius

Dewi tiada masalah untuk berkenalan dengan Virgoun.

PENYANYI Dewi Perssik tampil memberi reaksi berhubung hasrat ibu kepada Virgoun yang ingin menjadikannya sebagai menantu.

Menurut Dewi, 41, dia terbuka jika Eva Manurung mahu memperkenalkannya dengan penyanyi itu, namun mengakui belum bersedia untuk menjalinkan hubungan yang serius.

Dewi belum sedia kenali Virgoun untuk hubungan yang lebih serius.

Baginya perkenalan dengan Virgoun boleh mengeratkan hubungan persahabatan antara mereka berdua. 

“Jika sekadar mahu diperkenalkan dengan Virgoun, tiada masalah. Anggap sahaja sebagai mengeratkan silaturahim. Tetapi untuk menjadi pasangan, bukan sekarang,” katanya.

Menolak secara baik, Dewi pada masa sama menegaskan dia tidak berniat untuk menyakiti hati Eva yang sering menghubunginya sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasang impian kahwin dan miliki zuriat, Dewi Perssik akui sedang mengenali ‘abang askar’

ARTIKEL BERKAITAN: Dewi Perssik bukan ditinggalkan tapi percintaan dengan juruterbang sudah tiada ‘spark’ 

Menyifatkan ibu kepada Virgoun itu sebagai seorang wanita yang baik dan prihatin, Dewi juga mahu terus menjaga hubungan antara mereka.

“Tidak semestinya saya perlu menjadi isteri kepada Virgoun. Maaf ya, Mami (panggilan Eva).

“Saya juga boleh menjadi seperti seorang ibu kepada anak-anak kerana saya memang menyukai kanak-kanak,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain