suria

Seungri didakwa bakal buka ‘Burning Sun’ kedua di Kemboja

Seungri gunakan nama Bigbang untuk sebar pengaruh.

BEKAS anggota kumpulan Bigbang, Seungri dilaporkan bakal membuka sebuah kelab malam baharu yang dikatakan mirip kelab kontroversi dikenali Burning Sun.

Memetik laporan KoreanBoo, pendedahan itu dibuat oleh wartawan Korea Selatan, Oh Hyunk Jin menerusi satu laporan eksklusif yang sering mengemas kini perkembangan berkaitan penyanyi tersebut.

Menurut Hyunk Jin, Seungri didakwa mempunyai hubungan rapat dengan beberapa penjenayah terkenal di Kemboja dan kini sedang merancang untuk membuka Burning Sun kedua di negara itu.

Gerak geri Seungri sentiasa diperhati.

“Dia (Seungri) dikaitkan dengan aktiviti pencucian wang, sindiket penipuan panggilan suara serta individu yang mempunyai hubungan dengan kasino. 

"Terdapat laporan dia berpesta bersama eksekutif geng jenayah di Kemboja,” katanya.

Tambahnya, Seungri didakwa menggunakan reputasinya sebagai bekas anggota Bigbang untuk mengembangkan perniagaan tersebut, meskipun imejnya di Korea Selatan telah tercalar teruk.

ARTIKEL BERKAITAN: Nama Seungri kembali panas, video bersama logo kumpulan jenayah jadi bualan... Kecoh kini aktif di Kemboja

ARTIKEL BERKAITAN: Seungri banyak masa terluang, sangkal ada bisnes di China

Difahamkan, Seungri kini semakin kerap berulang-alik ke Kemboja dan Thailand serta jarang pulang ke Korea Selatan.

“Walaupun Seungri masih mempunyai peminat yang kuat di Jepun, reputasinya di negara kita sudah merudum. 

"Dia dipercayai berhasrat menjalankan perniagaan haram di Asia Tenggara, di mana dia masih dikenali sebagai bekas ahli Bigbang,” jelasnya.

Seungri menyepi dari dunia seni selepas bebas dari penjara.

Untuk rekod, Seungri sebelum ini terpalit dalam skandal Burning Sun dan pernah menjalani hukuman penjara selama setahun enam bulan pada 2022.

Kes tersebut melibatkan beberapa pertuduhan serius termasuk gangguan seksual dan rogol yang berlaku sekitar tahun 2019.

Sejak dibebaskan, Seungri dilaporkan sering dilihat berada di beberapa negara termasuk Thailand, Malaysia dan Kemboja.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain