MODEL Indonesia, Manohara Odelia Pinot sekali lagi membuka kisah silam yang penuh kontroversi selepas didakwa menerima serangan emosi daripada sebuah akaun palsu yang dipercayai milik ibunya sendiri, Daisy Fajarina.Memetik laporan portal Uara.com, pendedahan itu dibuat Manohara, 34, susulan tekanan emosi yang kembali dialami sekali gus mendorongnya untuk berkongsi pengalaman pahit yang dipendam sejak sekian lama. Menurut Manohara, dia sukar menggelar wanita yang melahirkannya sebagai ibu kerana merasakan layanan yang diterima langsung tidak mencerminkan nilai kemanusiaan.Manohara dakwa kehidupan masa kecilnya penuh kisah gelap.“Aku sendiri sukar menyebut dia sebagai ibu kerana tindakannya bertentangan dengan makna sebenar seorang ibu,” katanya.Lebih mengejutkan, Manohara mendakwa ibunya terlibat secara mendalam dengan amalan ilmu hitam sejak dia masih kecil.Dakwanya, wanita itu kerap mengunjungi bomoh di beberapa lokasi di Indonesia, malah dia turut dibawa bersama ke tempat-tempat tersebut.“Ibu saya sudah lama terlibat dengan amalan sihir hitam.ARTIKEL BERKAITAN: Manohara Buat Tatu Merah Di BibirARTIKEL BERKAITAN: Manohara, Ibu Diperintah Bayar RM6 Juta Kepada Tengku Fakhry“Ketika masih kecil, saya sering dibawa ke Sukabumi dan Bogor kerana dia percaya saya tidak cukup patuh,” jelasnya.Manohara turut mendedahkan dirinya dipaksa menjalani pelbagai ritual yang tidak difahaminya, termasuk minum air ritual dan mandi menggunakan minyak tertentu. “Saya dipaksa melakukan perkara yang menakutkan dan mengelirukan. Trauma itu masih menghantui saya hingga ke hari ini,” ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube