suria

Victoria Beckham kekal tenang, beli Ferrari bernilai RM1.2 juta selepas berdepan konflik keluarga

Victoria dilaporkan memandu Ferrari baharu ketika berdepan kemelut keluarga.

BEKAS anggota Spice Girls, Victoria Beckham menghadiahkan dirinya sebuah Ferrari baharu bernilai £225,000 (RM1.2 juta) meskipun berdepan kemelut keluarga.

Mirror melaporkan, Victoria memilih untuk berdiam diri dan belum mengeluarkan sebarang kenyataan balas.

Bagaimanapun penyanyi yang dahulunya dikenali sebagai Posh Spice kelihatan cuba menceriakan diri apabila dilihat memandu laju sebuah Ferrari berwarna hitam di sekitar London minggu lalu.

Kemelut keluarga Victoria (kiri) dan Beckham mengundang pelbagai reaksi netizen.

Momen itu sempat dirakam jurufoto selepas beberapa jam anak sulungnya, Brooklyn memberitahu ibu bapanya hanya dibenarkan berhubung dengannya melalui peguam.

Sebelum ini, Brooklyn dikatakan sudah hilang sabar mengenai pelbagai dakwaan dibuat ibu bapanya yang disifatkan suatu pembohongan.

Menurut Brooklyn, selama ini ibu bapanya mengawal setiap pergerakan yang dilakukan termasuk bersikap hipokrit di media sosial. 

ARTIKEL BERKAITAN: Brooklyn Beckham nekad putuskan hubungan keluarga, enggan berdamai dengan ibu bapa... “Mereka sanggup berbohong demi jaga imej”

ARTIKEL BERKAITAN: Konflik keluarga David Beckham semakin memuncak... Brooklyn bertegas, arah ibu bapa guna peguam untuk berhubung

Lebih menyedihkan, Brooklyn mendakwa ibu bapanya cuba merosakkan hubungannya bersama isteri, Nicola Peltz sejak awal perkahwinan mereka.

Perselisihan ini dikatakan sudah berlaku sejak awal Nicola menjadi menantu keluarga Beckham. 

Victoria dan Nicola dikatakan jarang dilihat berkomunikasi mahupun meluangkan masa bersama. 

Untuk rekod Nicola dan Brooklyn mendirikan rumah tangga pada 9 April 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain