ANAK sulung kepada pasangan selebriti popular, David Beckham dan Victoria, Brooklyn mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan keluarganya.Menerusi hantaran di Instagram, Brooklyn berkata, dia sudah hilang sabar mengenai pelbagai dakwaan dibuat ibu bapanya yang disifatkan suatu pembohongan. “Saya berdiam diri selama bertahun-tahun dan berusaha sedaya upaya untuk memastikan perkara ini kekal bersifat peribadi.“Namun malangnya, ibu bapa saya bersama pasukan mereka terus membawa isu ini kepada media menyebabkan saya tidak mempunyai pilihan selain bersuara bagi mempertahankan diri dan mendedahkan kebenaran mengenai sebahagian daripada pembohongan yang diterbitkan,” tulisnya.Brooklyn mendakwa ibu bapanya mengawal setiap pergerakan termasuk bersikap hipokrit di media sosial. “Saya tidak mahu berdamai semula dengan keluarga saya. Saya tidak dikawal oleh sesiapa sebaliknya buat pertama kali dalam hidup, saya tampil mempertahankan diri sendiri,” katanya.Menurut Brooklyn, selama ini ibu bapanya mengawal setiap pergerakan yang dilakukan termasuk bersikap hipokrit di media sosial. "Paparan media sosial yang bersifat lakonan selain majlis keluarga serta hubungan yang tidak tulen sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan yang saya lalui sejak dilahirkan."Baru-baru ini, saya menyaksikan sendiri sejauh mana mereka sanggup menyebarkan pelbagai pembohongan di media, kebanyakannya dengan mengorbankan individu yang tidak bersalah, hanya untuk mengekalkan imej mereka.ARTIKEL BERKAITAN: Konflik keluarga David Beckham semakin memuncak... Brooklyn bertegas, arah ibu bapa guna peguam untuk berhubungARTIKEL BERKAITAN: Bukan 'unfollow', Brooklyn Beckham sekat semua ahli keluarga di media sosial"Namun saya percaya, kebenaran akhirnya akan terserlah," katanya.Lebih menyedihkan, Brooklyn mendakwa ibu bapanya cuba merosakkan hubungannya bersama isteri, Nicola sejak awal perkahwinan mereka."Ibu saya membatalkan penyediaan gaun perkahwinan Nicola pada saat-saat akhir, walaupun Nicola begitu teruja untuk mengenakan rekaan terbabit, sekali gus memaksanya mencari gaun baharu dalam keadaan tergesa-gesa."Beberapa minggu sebelum hari perkahwinan, ibu bapa saya berulang kali menekan dan cuba menyogok saya supaya menandatangani perjanjian melepaskan hak ke atas nama saya, yang akan memberi kesan kepada saya, isteri serta anak-anak kami pada masa hadapan."Mereka berkeras mahu saya menandatangani perjanjian itu sebelum tarikh perkahwinan kerana terma perjanjian akan berkuat kuasa sebaik sahaja ditandatangani.Brooklyn bersama isterinya, Nicola. "Keengganan saya menjejaskan bayaran yang mereka harapkan, dan sejak itu mereka tidak lagi melayan saya seperti dahulu," dakwanya.Terdahulu, konflik hubungan keluarga Beckham itu dilihat memuncak apabila Brooklyn anak sulung daripada empat beradik itu meminta ibu bapanya tidak menghubunginya.Dilaporkan sebelum ini, Brooklyn hanya mahu dihubungi melalui peguam sahaja. Untuk rekod, ketegangan antara Brooklyn dengan keluarganya dipercayai tercetus sejak persiapan perkahwinan mereka tiga tahun lalu.