BERSEMPENA sambutan Deepavali yang bakal menjelang, Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT) menyalurkan sumbangan wang tunai berjumlah RM15,000 kepada 15 penggiat seni tanah air.Pengerusinya, Datuk Irwan Shah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Datuk DJ Dave, 78, berkata setiap penerima menerima sumbangan sebanyak RM1,000 bagi membantu meringankan beban kewangan mereka. Menurutnya, sumbangan itu melibatkan lapan penggiat seni berbangsa India, lima Melayu dan dua Cina sebagai tanda keprihatinan yayasan terhadap kebajikan penggiat seni tanpa mengira kaum atau agama."Deepavali membawa mesej yang sangat bermakna, iaitu kemenangan cahaya mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi keburukan serta harapan mengatasi kesukaran.DJ Dave sentiasa memperjuangkan kebajikan artis tempatan. "Bagi saya, nilai-nilai ini amat dekat dengan perjuangan YKAT. Kita percaya bahawa setiap insan berhak menikmati kehidupan yang lebih baik, tanpa mengira bangsa, agama atau latar belakang," katanya semasa Majlis Sumbangan Perayaan Deepavali 2026 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada petang Rabu.Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Dr. S. Kanagarajan yang merupakan pemegang amanah YAKT.Tambah DJ Dave lagi, YKAT akan terus berusaha membantu penggiat seni, khususnya artis veteran yang berdepan kesukaran hidup, masalah kesihatan dan kekangan kewangan.Katanya, penggiat seni veteran yang pernah mewarnai industri hiburan tanah air wajar terus dihargai atas sumbangan serta pengorbanan mereka selama ini.ARTIKEL BERKAITAN: DJ Dave sedih lihat keadaan Dharma Harun, YKAT sumbang RM1,000 untuk beli makanan berkhasiat ARTIKEL BERKAITAN: [V] Gurauan ketika ziarah jadi kenangan DJ Dave, ralat tak sempat bantu Hail Amir pindah wad lebih selesa"Mereka pernah menghiburkan masyarakat melalui lagu, lakonan, persembahan pentas dan pelbagai karya seni yang menjadi sebahagian daripada kenangan hidup rakyat Malaysia."Ada antara mereka yang telah menghabiskan puluhan tahun dalam industri seni. Mereka mencurahkan bakat, tenaga, masa dan pengorbanan demi menghiburkan masyarakat."Justeru, saya percaya jasa seorang artis tidak sepatutnya dilupakan hanya kerana zaman kegemilangannya telah berlalu."Mereka pernah memberikan kegembiraan kepada kita. Kini, tibalah masanya untuk kita bersama-sama memberikan sedikit kegembiraan kepada mereka,” ujarnya.YKAT sentiasa prihatin bantu artis tempatan. Dalam pada itu, DJ Dave berharap sumbangan berkenaan dapat membantu para penerima membuat persiapan menyambut Deepavali bersama keluarga tersayang."Walaupun jumlah ini mungkin tidak besar jika dibandingkan dengan segala pengorbanan yang telah mereka lakukan, saya berharap sumbangan ini dapat membawa senyuman, memberikan semangat dan mengingatkan mereka bahawa masyarakat masih menghargai jasa mereka," katanya.Antara penerima sumbangan ialah pemuzik Vallakrishnan A/L Moonusamy, Krishnaveni A/P M. Ratnam (penyanyi), Siew Fook Choy (penyanyi) Tang Lee Choon (penyanyi), Bala Subramaniam A/L Muniandy (penyanyi) dan Ragunathan A/L Ramanathan (penyanyi).Turut menerima sumbangan ialah Jasmir Margani (pemuzik), Ismail Hitam (pemuzik), Alavian A/L Ramasamy (penyanyi), Gusion Lal A/L Sukh Chain (pelakon), Mohamad Sharip Ya’acob (pemuzik), Maheswaran A/L Manikam (pelakon/penyanyi), Arumainathan A/L Muniandy (penyanyi), Norazian Salehan (pelakon) dan Md Nasir Yusof (pemuzik).