suria

[V] Gurauan ketika ziarah jadi kenangan DJ Dave, ralat tak sempat bantu Hail Amir pindah wad lebih selesa

GURAUAN ketika menziarahi Allahyarham Datuk Hail Amir pada Ahad menjadi kenangan terakhir buat penyanyi Datuk DJ Dave bersama rakan baiknya itu.

DJ Dave atau Irwan Shah Abdullah, 78, berkata, Hail juga masih mengenalinya ketika dia muncul di wad malah sempat mengenang pelbagai memori bersama ketika zaman muda.

Kongsinya lagi, dia mengetahui kesihatan arwah sudah merosot sejak enam tahun lalu namun hanya dimaklumkan Hail dimasukkan ke hospital pada Sabtu lalu.

dj1 - 1

DJ Dave sempat mengenang pelbagai memori bersama Hail ketika zaman muda.

"Saya tahu dia sakit sejak enam tahun lalu tetapi dia masuk hospital kali ini memang lambat dapat tahu.

"Sabtu lepas baru anaknya beritahu dan keesokan harinya saya datang ziarah.

"Kami sempat bergurau. Dia kenal saya malah saya kenang kembali zaman ketika kami muda dan dia masih ingat mengenainya," katanya ketika ditemui pemberita.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi veteran Hail Amir meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah seminggu terima rawatan di HKL, Hail Amir sempat luah rindu nak jumpa cucu

DJ Dave berkongsi perkara itu ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada petang Isnin sementara menunggu proses pengurusan jenazah.

Mengenang kembali kenangan bersama Hail, kali terakhir mereka berkongsi pentas adalah sekitar dua tahun lalu menerusi sebuah acara.

DJ Dave turut menyifatkan arwah seorang yang baik hati dan tidak pernah lekang dengan senyuman.

Saya sangat terkejut dengan pemergiannya. Kami akan cuba bantu dalam pengurusan jenazah.

DATUK DJ DAVE

PENYANYI

"Kali terakhir kami berkongsi pentas apabila saya jemput dia menyanyi sama dalam konsert dua tahun lepas.

"Dia seorang yang sentiasa tersenyum dan baik hati. Suara dia sangat merdu dan tiada bandingan," ujarnya.

DJ Dave yang juga merupakan Presiden Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) bagaimanapun meluahkan rasa ralat apabila tidak sempat membantu memindahkan arwah ke wad lebih selesa.

"Apabila berita arwah sakit mula tersebar, saya cuba dapatkan bantuan agar beliau dapat dipindahkan ke wad lebih selesa kerana ramai datang melawat.

haill3 - 1

Hail meninggal dunia pada usia 77 tahun.

"Tetapi hari ini tak sempat nak pindah wad... Saya sangat terkejut dengan pemergiannya. Kami akan cuba bantu dalam pengurusan jenazah," kongsinya.

Allahyarham Hail atau Abdul Hail Amir meninggal dunia pada usia 77 tahun di HKL kira-kira pukul 3.48 petang Isnin.

Jenazah dijangka akan diuruskan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana pada pagi Selasa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain