suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selepas insiden KLIA, muncul pula kes 11 tahun lalu... Bekas anggota polis dakwa pernah diserang Shuhaily

Mohd Shuhaily sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis dalam kejadian di KLIA, September lalu. -Foto LOW LAY PHON/The Star

SEORANG bekas anggota polis mendakwa pernah diserang Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, kira-kira 11 tahun lalu.

Peguam yang mewakili bekas anggota polis itu, Kamal Hisham Jaafar, menggesa Peguam Negara (AG) menyemak semula laporan polis yang dibuat pada 19 November 2015 terhadap Shuhaily yang ketika itu bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Hilir Perak.

Menurut Sinar Harian, firma guaman Kamal Hisham & Associates dalam satu kenyataan pada Rabu (28 Oktober) memaklumkan laporan berkenaan dibuat di Teluk Intan, Perak, namun tiada tindakan diambil terhadap Shuhaily berhubung laporan berkenaan.

Kamal Hisham mendakwa anak guamnya, yang ketika itu masih berkhidmat dalam pasukan polis, berdepan pelbagai cabaran dan kesukaran dalam kerjayanya selepas membuat laporan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Alami kecederaan fizikal, mental... Dua anggota polis akan fail saman sivil terhadap Mohd Shuhaily

Menurutnya, bekas anggota polis itu akhirnya ditamatkan perkhidmatan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dakwaan terbaharu itu timbul kira-kira seminggu selepas Shuhaily didakwa di Mahkamah Majistret Sepang atas pertuduhan menyerang dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan berhubung kejadian yang didakwa berlaku di Kaunter J, Terminal 1, antara pukul 1.17 tengah hari hingga 1.35 tengah hari pada 28 September lalu.

Menurut Kamal Hisham, pertuduhan terbaharu terhadap Shuhaily memberi harapan baharu kepada anak guamnya untuk mendapatkan keadilan.

Katanya, perkembangan itu turut mengukuhkan prinsip bahawa setiap individu perlu dilayan secara sama rata di sisi undang-undang.

Ujarnya, dia bersama seorang lagi peguam, Muhammad Nor Tamrin telah mengemukakan permohonan rasmi kepada Peguam Negara supaya laporan polis yang dibuat pada 2015 itu disemak dan dipertimbangkan semula mengikut undang-undang.

Kedua-dua peguam itu berharap perkara berkenaan diberikan perhatian sewajarnya bagi mempertahankan kedaulatan undang-undang serta memastikan semua pihak mendapat layanan yang adil tanpa diskriminasi.

Artikel Lain