suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPR mesyuarat 6 November tentukan tarikh penting PRN Sarawak

Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Kuching. -Foto ZULAZHAR SHEBLEE/The Star

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 6 November ini bagi menetapkan tarikh penting Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, mesyuarat itu akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun bagi membincangkan beberapa perkara utama berkaitan persiapan pilihan raya.

Antara perkara yang akan dibincangkan termasuk writ pilihan raya, tarikh penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan serta persiapan lain bagi memastikan proses pilihan raya berjalan lancar.

"Sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan pada Isnin (26 Oktober) sekali gus membuka laluan kepada pelaksanaan PRN negeri itu.

Khairul Shahril berkata, pihaknya menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran berkenaan daripada Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nasar, menerusi surat bertarikh 27 Oktober.

Mengikut Perkara 21(4) Perlembagaan Negeri Sarawak, pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran DUN.

Artikel Lain