suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan pandai-pandai ‘laminate’ geran tanah kalau tak nak menyesal… Rupanya dikira hak milik rosak!

Ramai tidak tahu bahawa tindakan melaminasi geran adalah satu kesalahan besar dalam pengurusan hartanah. -Gambar hiasan AI

RAMAI pemilik hartanah mengambil langkah berhati-hati melaminasi (laminate) geran tanah masing-masing bagi memastikan dokumen penting itu tidak koyak, basah atau rosak dimakan zaman.

Namun tanpa disedari, tindakan yang disangka selamat itu sebenarnya boleh membawa padah apabila Pejabat Tanah mengkategorikan geran berkenaan sebagai dokumen rosak.

Perkara ini dikongsikan oleh seorang peguam, Lawyer Syaa menerusi hantaran di laman Threads.

"Pakcik, makcik, uncle, aunty…Tolong jangan laminate geran tanah.

"Niat memang baik. Nak bagi geran tahan lama, tak koyak dan tak kena air.

"Tapi tahu tak, geran tanah yang telah dilaminate boleh dikategorikan sebagai hak milik rosak oleh Pejabat Tanah," tulisnya.

Jelas peguam berkenaan, pemilik yang melakukan kesilapan tersebut berdepan risiko terpaksa memohon geran pengganti baharu menerusi proses yang rumit serta memakan masa.

"Proses nak dapatkan geran gantian bukan sekadar pergi Pejabat Tanah dan minta mereka print satu lagi.

"Bergantung kepada negeri dan keadaan, permohonan boleh melibatkan borang permohonan, akuan sumpah, laporan polis, dokumen pengenalan, dokumen pihak berkepentingan serta bayaran fi ditetapkan.

"Contohnya, PTG (Pejabat Tanah dan Galian) Selangor menyatakan hak milik yang telah melalui proses laminate dianggap sebagai hak milik rosak dan perlu melalui proses permohonan gantian," jelasnya lagi.

Sebagai langkah keselamatan lebih praktikal, peguam terbabit menasihatkan orang ramai agar menyimpan dokumen penting itu di dalam clear folder atau document sleeve sebelum diletakkan di tempat yang selamat.

Sementara itu, meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mengakui kebenaran nasihat tersebut di samping berkongsi pengalaman peribadi berdepan kesukaran akibat kesilapan itu.

"Setiap kali saya jumpa pelanggan, saya selalu pesan supaya jangan laminate, jangan tebuk lubang, dan simpan sekali salinan pelan.

"Saya pernah uruskan permohonan geran baharu bagi pihak pelanggan, empat bulan tunggu surat pemberitahuan untuk ambil dokumen di pejabat tanah.

Pelanggan cakap dia buat begitu sebab mahu geran tahan lama sampai ke anak cucu," kongsi beberapa pengguna Threads.

Artikel Lain