Timbalan Mufti Pahang, Datuk Dr Badli Shah Alauddin, Timbalan Mufti Pahang Sispaa, Timbalan Mufti kena Sispaa, generasi strawberi,
TIMBALAN Mufti Pahang, Datuk Dr Badli Shah Alauddin berdepan aduan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (Sispaa) susulan ceramahnya yang menyentuh isu ‘generasi strawberi’.Disebabkan aduan berkenaan, beliau diberikan tempoh tiga hari oleh pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk memberikan penjelasan berhubung pemilihan topik ceramah tersebut. “Saya tak ada nak cerita hal strawberi, saya jadi menyampah nak cerita, tuan-tuan. Tuan-tuan tahu, saya kena Sispaa tajuk tu?“Punyalah teruk masyarakat, saya kena jawab. Saya diberi masa tiga hari oleh pihak SUK untuk jawab, kenapa saya ceramah tajuk tu. Malas ceritalah, memang malas betul."Lantaklah nak jadi buah apa pun, buah sawit ke apa… lantaklah budak,” katanya [Tonton Video].Beliau berkata demikian pada Kuliah Dhuha di Masjid Felda Kampung Sertik, Bentong, Pahang pada 18 Oktober lalu dengan video ceramah tersebut dimuat naik di YouTube Badli Shah Alauddin Official pada Isnin.Sebelum ini, pada September tular video ceramah Dr Badli Shah yang menyentuh sikap segelintir golongan muda yang disifatkan sebagai generasi strawberi, iaitu mudah berasa tertekan apabila berdepan cabaran dan kesukaran hidup.Menerusi ceramah itu [Tonton Video], beliau mengkritik kecenderungan sesetengah individu yang menggunakan istilah seperti healing, burnout dan toxic workplace apabila berdepan tekanan atau teguran.“Ini lembik. Sikit-sikit healing, sikit-sikit reward. Kena tegur sikit, toxic workplace. Kerja banyak sikit, burnout. Generasi strawberi. Manja, tak boleh ditekan. Kena marah sikit, koyak rabak, berhenti kerja.“Saya tidak perlekehkan mental health. Saya penceramah tetap program kesihatan mental. Kita faham, tetapi jangan sampai tak boleh ada kesusahan langsung dalam hidup," katanya.