PELAKON India Urmila Sanawar ditahan polis selepas didakwa mengugut untuk membunuh keluarga seorang bekas ahli politik sekiranya gagal menyerahkan wang sebanyak 5 crore rupee (kira-kira RM2.6 juta).Urmila ditahan di Saharanpur, Uttar Pradesh pada Ahad selepas anak perempuan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri, Suresh Rathore iaitu Deepika Rathore membuat laporan polis terhadapnya. Memetik laporan, Deepika mendakwa pelakon berkenaan menghubunginya menerusi WhatsApp dan menuntut sejumlah wang selain meminta sebuah hartanah dipindahkan atas namanya.Urmila Sanawar meminta kira-kira RM2.6 juta kepada keluarga ahli politik tersebut. Susulan laporan itu, polis menyerbu kediaman Urmila sebelum menahannya bagi membantu siasatan serta merampas telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk membuat ugutan.Dalam pada itu, Urmila sebelum ini pernah mendakwa dirinya merupakan isteri kepada Suresh, namun bekas ahli politik berkenaan menafikan hubungan perkahwinan tersebut.Penahanan Urmila turut mencuri perhatian kerana berlaku beberapa hari selepas dia menyebarkan rakaman audio yang didakwa mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan seorang wanita dikenali sebagai Ankita Bhandari pada 2022.ARTIKEL BERKAITAN: Hidung baharu Lisa Blackpink cetus kritikan, netizen mohon berhenti buat prosedur kecantikanARTIKEL BERKAITAN: Muka tak malu! Aktor didakwa enggan pindah dari kondo dipinjamkan sejak Covid-19, siap ‘rembat‘ jam tangan mewah tuan rumahBagaimanapun, kesahihan rakaman tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa India.Setakat ini, dakwaan ugutan dan pemerasan terhadap Urmila masih dalam siasatan dan belum diputuskan oleh mahkamah.