suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Simpati nasib kucing dan haiwan jalanan, Anna Jobling bakal tubuh NGO AJ Care

Anna bakal menubuhkan AJ Care bagi melindungi haiwan jalanan.

MINAT mendalam terhadap haiwan mendorong pelakon Anna Jobling untuk melangkah lebih jauh dalam usaha membantu kucing dan haiwan jalanan menerusi penubuhan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai AJ Care.

Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 26, berkata perancangan untuk menubuhkan NGO itu sebenarnya sudah difikirkan sejak beberapa tahun lalu, namun pelaksanaannya akan diusahakan dalam masa terdekat.

Kata Anna, maklumat lanjut mengenai inisiatif berkenaan akan dikongsikan sebaik sahaja segala perancangan sudah mula direalisasikan.

Anna merupakan seorang pencinta haiwan.

Anna merupakan seorang pencinta haiwan.

“Insya-Allah tidak lama lagi saya akan usahakan projek sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai AJ Care.

“NGO ini pada dasarnya ditubuhkan bagi membela kebajikan kucing dan haiwan jalanan.

“Jadi, apabila maklumatnya sudah lengkap kelak, saya akan kongsikan secara terperinci projek apa yang boleh kita gerakkan bersama para peminat serta rakan-rakan,” katanya kepada media.

Mengulas lanjut, Anna menjelaskan keinginannya menubuhkan NGO itu turut didorong oleh pengalamannya menyelamatkan kucing dan haiwan terbiar.

ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling ungguli trofi utama Anugerah Melodi Terhangat 2026

ARTIKEL BERKAITAN: Asyik watak romantik, Anna Jobling sedia berlakon genre aksi

Kongsinya, dia merasakan haiwan berkenaan juga memerlukan pihak yang dapat memperjuangkan nasib mereka, sekali gus mahu menggunakan platform yang dimiliki untuk tujuan tersebut.

“Sebenarnya perancangan untuk menubuhkan NGO ini sudah lama dirancang, kira-kira dua atau tiga tahun lepas.

“Disebabkan saya memang pencinta haiwan yang kerap menyelamatkan kucing dan haiwan terbiar lain, saya rasa mereka juga perlukan suara untuk membela nasib mereka. Dengan platform yang saya ada sekarang, saya mahu buat sesuatu di luar kebiasaan.

“Mungkin pada peringkat awal kita tidak tahu apa jangkaan orang ramai, tetapi dalam masa sama saya bersama pasukan dan peminat akan merangka pelan terbaik untuk melihat projek apa yang boleh dilaksanakan,” ujarnya.

Artikel Lain