suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anna Jobling ungguli trofi utama Anugerah Melodi Terhangat 2026

Anna penerima Anugerah Melodi Terhangat.

PELAKON Anna Jobling dinobatkan sebagai penerima trofi utama pada malam kemuncak Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026 yang berlangsung di Selangor International Trade Centre (SITC), Shah Alam, malam Ahad.

Anna atau Anna Ellisa Gustin, 26, meluahkan rasa syukur atas pengiktirafan itu dan merakamkan penghargaan kepada peminat yang sentiasa menyokong.

“Alhamdulillah, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua peminat. Anugerah ini adalah untuk anda semua,” katanya.

Aisha pemenang Selebriti Viral Terhangat.

Aisha pemenang Selebriti Viral Terhangat.

Selain trofi utama, Anna turut membawa pulang anugerah bagi kategori Selebriti Feminin Terhangat.

AMT 2026 mempertandingkan 16 kategori anugerah, termasuk tujuh kategori baharu dengan pemenang dipilih berdasarkan undian dalam talian. 

Empat gelaran yang masih dinantikan iaitu Keluarga Selebriti Terhangat, Selebriti Fit Terhangat, Selebriti Chemistry Terhangat dan Selebriti Mandarin Terhangat.

Ia akan diumumkan pada pada Cuckootopia - Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan oleh AMT 2026, yang akan berlangsung pada Sabtu depan di Stadium Merdeka.

ARTIKEL BERKAITAN: Daiyan Trisha ungguli AMT 2025, Bella Astillah dan Syed Saddiq menang ‘Couple Goals Terhangat’

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya pilih untuk fokus pada kebaikan malam itu dan melangkah ke hadapan” - Bella Astillah enggan kenang kejadian di AMT 2025

Turut mencuri perhatian pada malam AMT 2026 ialah pasangan selebriti Janna Nick dan Dini Schatzmann yang memenangi kategori Selebriti Couple Goals Terhangat.

Janna berkata, dia berasa gembira dan berterima kasih kepada peminat yang sering mengikuti perkembangan mereka meskipun sebelum ini berhijrah ke United Kingdom dalam tempoh setahun. 

“Saya rasa bahagia saja. Terima kasih kepada semua peminat yang mengundi. 

“Walaupun sebelum ini kami berada jauh di perantauan, tak sangka konten-konten kami masih mendapat perhatian di Malaysia. Saya pun mahu peminat masih mengingati kami,” katanya pada sidang media. 

Fattah Amin membawa pulang trofi Selebriti Maskulin Terhangat!

Fattah Amin membawa pulang trofi Selebriti Maskulin Terhangat!

Sementara itu, pelakon Fattah Amin memenangi kategori Selebriti Maskulin Terhangat, Selebriti Muzik Terhangat (Khai Bahar), manakala Aisha Retno berjaya mengungguli kategori Selebriti Viral Terhangat. 

Acara berprestij itu dikendalikan oleh pengacara Kamal Adli dan Ain Edruce, manakala personaliti media sosial, Ceddy Ang, Fiza Frizzy dan Ferra Mazlin merupakan hos di karpet merah.

Malam anugerah itu turut diserikan dengan persembahan Dolla, Mohsein Kush, Mariam Saim, Luqman Podolski, Bunga Isme, Adira Suhaimi, Ernie Zakri, Nadeera, Shiha Zikir, Wany Hasrita dan ramai lagi.

Turut menampilkan  Hael Husaini & Dayang Nurfaizah, Siti Saleha & Zarif Ghazzi, Sharif Zero & Janna Nick, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Phei Yong & KC Hoe, Daiyan Trisha dan Erra Fazira & Datuk Rosyam Nor sebagai penyampai trofi. 

Janna dan Dini pemenang Selebriti Couple Goals.

Janna dan Dini pemenang Selebriti Couple Goals.

AMT 2026 disiarkan secara langsung menerusi saluran TV3 dan platform penstriman Tonton, pukul 9 malam. 

Berikut adalah senarai penuh pemenang AMT 2026: 

1. Fresh Rising Star Terhangat - Zaki Yamani

2. Selebriti Maskulin Terhangat - Fattah Amin

3. Selebriti Feminin Terhangat - Anna Jobling

4. Selebriti Muzik Terhangat - Khai Bahar

5. Lagu Terhangat - Nurcinta

6. Drama Sangat Terhangat - Yes Captain Zul Aaryan!

7. Direktor & Filem Terhangat - Bobby Husaini (Libang Libu)

8. Selebriti Couple Goals Terhangat - Janna Nick

9. Selebriti Ikon Inspirasi Terhangat - Hael Husaini

10. Selebriti Viral Terhangat - Aisha Retno

11. Selebriti Stailo Terhangat - Meerqeen

12. Tonton Original Terhangat - Neraka Yang Terhijab (Global Station Sdn. Bhd)

Artikel Lain