MERAIKAN hari bahagia sebagai pengantin baharu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut mengungkap kata-kata istimewa buat isteri tercinta iaitu penyanyi Bella Astillah. Mengenang kembali perjalanan hubungan mereka, Syed Saddiq menepis tanggapan segelintir pihak yang mengganggap mereka bukan pasangan ‘sekufu’. “Bila orang kata kami tidak sekufu, saya melihat Bella dari suduh berbeza. Lihatlah dia sudah membina kerjaya membuat persembahan televisyen pada usia lima tahun. Bella dan Syed Saddiq sempat menyapa tetamu.“Usia tujuh tahun dia sudah bawa keluarga berpindah ke Kuala Lumpur. Memulakan kehidupan baru bersama keluarga.“Ketika saya mendapat tawaran universiti, Bella sudah menjadi ibu yang luar biasa kepada dua orang anak,” katanya ketika berucap kepada tetamu yang hadir. Pasangan pengantin baharu penyanyi ini diraikan dalam sebuah majlis resepsi penuh meriah yang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur pada malam Ahad. ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah & Syed Saddiq kini suami isteri, sah dengan sekali lafazARTIKEL BERKAITAN: Anak-anak Bella Astillah gembira dapat ‘ayah baharu’Bersama kira-kira 3,000 tetamu, majlis pasangan ini turut diraikan dengan kehadiran menteri, ahli politik serta rakan artis. Antara yang hadir adalah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman. Manis sedondon dengan busana pengantin rona merah, pasangan ini melangkah masuk ke dewan dengan diiring muzik lagu Bagaikan Sakti (nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk M Nasir) sebagai lambang penyatuan cinta mereka. Persandingan Bella dan Syed Saddiq meriah dengan kehadiran tetamu terhormat.Perarakan masuk pengantin sebelum itu dimulakan dengan dua orang anak Bella iaitu Ayden Adrean dan Ara Adeanna. Istimewa pada malam berkenaan, kedua-dua anak Bella tampil memberi ucapan yabg menyentuh hari ramai. Dalam ucapannya, Ayden mengakui kehadiran Syed Saddiq banyak mewarnai kehidupan ibunya. “Daddy, sebelum awak hadir saya sellau melihat kesedihan di mata ibu. Walau saya tak faham ketika itu kerana masih kecil. Syed Saddiq dan Bella terharu dengan ucapan anak-anak.“Selepas kehadiran Daddy, saya lihat ibu gembira kembali. Terima kasih kerana memilih ibu. Terima kasih kerana menyanyai kami,” ucapnya. Sementara itu, antara rakan artis yabg hadir memeriahkan majlis termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama suami, Nur Fazura, Fasha Sandha dan Aidil Aziz, Shuib bersama isteri, Mira Filzah dan suami serta ramai lagi. Majlis turut diserikan dengan persembahan oleh Jaclyn Victor selain nyanyian Didie Astillah diiringi mainan piano bapanya, Awang Astillah.Vokalis Nidji iaitu Ubay dan Siti juga menyampaikan sebuah lagu meraikan Bella dan Syed Saddiq.Anak-anak juga mengenakan busana sedondon dengan Syed Saddiq dan Bella.Bella juga membuat persembahan sebuah lagu baharu tang dicipta khas sempena perkahwinan mereka. Persembahan nyanyian ketika tetamu menjamu selera diiringi oleh orkestra di bawah pimpian pengarah muzik, Datuk Mokhzani Ismail. Pasangan ini sah bergelar suami isteri dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung pada 10 Oktober.Untuk rekod, Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Alsagoff, 33, mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu.Bella dan Syed Saddiq disatukan pada 10 Oktober lalu.Sebelum ini, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz, pada September 2016.Bagaimanapun, pasangan itu bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum mengambil keputusan untuk rujuk semula. Mereka kemudian berpisah buat kali kedua pada 13 Jun 2024.Hasil perkahwinan tersebut, Bella dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamed Ayden Adrean, 9, dan Ara Adreanna, 6.