suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak-anak Bella Astillah gembira dapat ‘ayah baharu’

Ara dan Ayden teruja dengan kehadiran Syed Saddiq. - Kredit foto Budak.tadika

ANAK-ANAK penyanyi dan pelakon Bella Astillah, Ayden dan Ara, tidak dapat menyembunyikan kegembiraan selepas menerima kehadiran ahli keluarga baharu apabila ibu mereka sah bergelar isteri kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ayden, 9, berkata dia sangat gembira kerana kini mempunyai keluarga yang lengkap.

Malah, dia turut berkongsi keterujaan ketika menghadiri majlis pernikahan ibunya apabila berjaya menghabiskan tiga kebab, dua cawan marshmallow serta sedikit nasi.

Wajah Ara dan Ayden jelas terpancar kegembiraan.

"Saya sangat gembira sebab sekarang saya sudah mempunyai keluarga yang lengkap," katanya menerusi sebuah video yang tular.

Bukan itu sahaja, Ayden turut teruja untuk melakukan aktiviti sukan bersama Syed Saddiq selepas ini.

Sementara itu, adiknya, Ara, 6, juga tidak dapat menyembunyikan kegembiraan apabila mengetahui mereka kini mempunyai bapa baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah & Syed Saddiq kini suami isteri, sah dengan sekali lafaz

ARTIKEL BERKAITAN: “Selama ini yakin berdebat di Parlimen” - Syed Saddiq gementar sampai menggeletar, lega sudah sah jadi suami Bella

"Saya sangat gembira! Adik ada ayah baharu," katanya.

Pada pagi Sabtu, Bella dan Syed Saddiq sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Tingkat 118, Merdeka 118 Precinct, Kuala Lumpur.

Pasangan itu dinikahkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, dengan berwakil wali bapa kandung Bella, Awang Astillah Abdullah atau Dullah.

Untuk rekod, Bella dan Syed Saddiq mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu.

Artikel Lain