suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Arwah ibu beli dua rumah, keluarga sebelah ayah pula tuntut hak! Wanita kongsi perjalanan ‘lawan’ bapa saudara di mahkamah

Harta pusaka yang ditinggalkan oleh arwah bapa dan ibu beragama Islam wajib diuruskan dan dibahagikan mengikut hukum faraid. -Gambar hiasan AI

KEMELUT perebutan harta pusaka sering kali mencetuskan konflik berpanjangan sehingga menguji ikatan kekeluargaan.

Nasib perit itulah yang menimpa dua beradik perempuan apabila terpaksa berdepan tuntutan waris sebelah arwah bapanya selepas kematian kedua-dua orang tua mereka.

Konflik berkenaan timbul berhubung pemilikan dua buah rumah yang sebenarnya dibeli oleh arwah ibu mereka semasa hayatnya, namun didaftarkan atas nama bersama ibu dan bapa.

Isu pembahagian harta pusaka turut sering kali berakhir di mahkamah selepas tiada pihak yang mahu mengalah. -Gambar hiasan

"Dulu masa arwah mama saya hidup, dia ada beli dua buah rumah tetapi letak dua penama iaitu satu nama ayah dan satu nama mama.

"Selepas mereka meninggal dunia, keluarga sebelah ayah nak hak mereka sebabkan ayah saya abang sulung dan tidak mempunyai anak lelaki," katanya menerusi satu hantaran di Threads.

Memandangkan arwah bapanya tidak meninggalkan waris lelaki, wanita terbabit pada mulanya mengambil jalan berhemah dengan melepaskan bahagian harta yang lain.

"Jadi saya faraidkan sahaja duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)," katanya.

Namun, situasi bertambah tegang apabila terdapat beberapa waris di sebelah arwah bapa yang masih berkeras mahu menuntut pemilikan rumah tersebut.

Tidak mahu hak arwah ibunya terlepas begitu sahaja, wanita itu bertindak mengemukakan segala bukti transaksi di mahkamah bagi membuktikan keseluruhan bayaran rumah tersebut dibuat arwah ibunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang long ‘ghaib’ hampir setahun selepas kematian ibu, tiba-tiba buat kemunculan tanya khabar... Adik syak ada kaitan harta pusaka

ARTIKEL BERKAITAN: Suami pergi mengejut, urusan harta pusaka bukan automatik pada isteri... Penting buat wasiat, hak anak-anak bawah umur terbela

Menurut wanita itu, keadilan akhirnya berpihak kepada mereka apabila hakim memberikan kata dua kepada waris yang menuntut memandangkan kediaman berkenaan masih mempunyai baki pinjaman.

"Allah Maha Adil, hakim itu kata disebabkan rumah ini masih ada hutang lagi, dia minta semua waris 'tong-tong' (kongsi) bayar atau lepaskan hak walaupun ada perlindungan insurans.

"Sebab mereka tidak mahu berkomitmen, jadi semua bersetuju untuk lepaskan hak," ujarnya lagi.

Mengimbas kembali pengalaman perit itu, dia mengakui proses menuntut keadilan tersebut memberikan kesan emosi mendalam kepada dia dan adiknya yang sudah kehilangan kedua-dua orang tua.

  • Dua beradik perempuan yatim piatu berjuang pertahan dua rumah pusaka daripada tuntutan waris sebelah bapa.
  • Wanita itu kemukakan bukti di mahkamah bahawa rumah dua penama tersebut dibayar sepenuhnya oleh arwah ibu.
  • Hakim arahkan waris yang menuntut kongsi bayar baki hutang rumah atau lepaskan hak pemilikan.
  • Kesemua waris akhirnya tarik diri dan lepaskan hak kerana enggan berkomitmen membayar hutang.
  • Pengadu nasihatkan ibu bapa rancang pembahagian harta semasa hidup demi masa depan anak-anak.

Jelasnya, perancangan harta dan aliran tunai yang kukuh amat penting sebelum seseorang itu meninggal dunia agar nasib anak-anak yang ditinggalkan tidak terabai.

"Jadi akhirnya saya belajar sesuatu... nak beli rumah tidak buat macam beli ikan di pasar. Masa hidup semua ok dan baik, pijak semut pun tak mati.

"Apabila dah meninggal, anak-anak akan terkesan jika tiada aliran tunai yang baik. Kami tiada sesiapa untuk mempertahankan hak kami sebab kedua-duanya sudah meninggal dunia.

"Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya hati kami masa itu dengan tekanan perasaan, stres dan tidak cukup tidur sebab nak dapatkan pembelaan serta keadilan," luahnya.

Artikel Lain