Tiada kompromi untuk kesalahan mendera anak, walaupun mangsa tidak mengalami kecederaan fizikal yang jelas. -Gambar hiasan AI
TINDAKAN kejam seorang bapa yang tergamak memegang kedua-dua kaki anak lelakinya sebelum dicampak ke merata ruang rumah membawa padah apabila kelakuannya dihidu pihak berkuasa.Susulan kejadian itu, lelaki tidak bekerja berusia 48 tahun berkenaan ditahan polis atas pertuduhan mendera anaknya yang berusia di bawah 10 tahun. Kejadian menyayat hati itu dipercayai berlaku di kediaman keluarga berkenaan di Minami-Alps, Yamanashi, Jepun, pada Sabtu malam.Menurut laporan TBS News, polis menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 8.30 malam daripada seorang ahli keluarga mangsa yang memaklumkan berlaku insiden keganasan membabitkan ahli keluarganya.Polis yang bergegas ke lokasi segera menjalankan pemeriksaan serta sesi soal siasat ke atas individu yang berada di tempat kejadian.Hasil siasatan awal mendapati lelaki terbabit dipercayai memegang kaki anaknya sebelum mencampak kanak-kanak itu ke beberapa bahagian dalam rumah.Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan luaran yang jelas.Polis kini sedang menyiasat motif lelaki berkenaan bertindak sedemikian selain mengenal pasti sama ada kanak-kanak itu pernah menjadi mangsa penderaan sebelum ini. -Agensi