suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami pergi mengejut, urusan harta pusaka bukan automatik pada isteri... Penting buat wasiat, hak anak-anak bawah umur terbela

Urusan pembahagian harta bagi kanak-kanak bawah umur tidak semudah yang dijangka. -Gambar hiasan AI

URUSAN pembahagian harta boleh menjadi satu perkara yang merunsingkan sekiranya tiada persediaan awal dibuat oleh si mati semasa hayatnya.

Pemergian sang bapa paling meninggalkan kesan apatah lagi jika anak-anak yang ditinggalkan masih di bawah umur.

Ramai beranggapan urusan itu secara automatik perlu diuruskan oleh si ibu namun, hakikatnya ia tidak semudah disangka sekiranya tiada wasiat ataupun surat 'hitam putih' ditinggalkan oleh si mati. 

Perancang harta pusaka Aina Atirah di laman Threads merungkai proses hak faraid bagi si kecil yang baru kematian bapa sebenarnya perlu melalui proses lantikan atau kuasa.

"Anak-anak bawah umur tetap ada hak faraid tetapi mereka belum boleh mengurus harta mereka sendiri.

"Kalau ayah meninggal dengan wasiat, arwah boleh menyatakan hasrat untuk melantik orang yang dipercayai sebagai wasi (orang yang dilantik di dalam wasiat) contohnya isterinya.

"Sebab selepas ayah tiada, ibu bukan hanya perlu fikir tentang anak tapi dalam masa yang sama perlu berdepan dengan urusan pusaka, aset dan akaun, tuntutan waris serta hak anak bawah umur," katanya.

Pun begitu, Aina tegas menyatakan wasiat bukanlah penyelesaian utama kepada segala isu berbangkit kerana ia hanyalah sekadar membantu dari sudut pengurusan harta pusaka sahaja.

Menurutnya, pembahagian waris tetap tertakluk kepada hukum faraid kerana wasiat tidak menentukan pembahagian sesuka hati.

"Sebelum kita 'pergi', cuba tanya diri sendiri kalau saya meninggal esok, siapa yang akan urus harta saya dan pastikan hak anak-anak terjaga?

"Jangan tunggu keluarga tercari-cari jawapan selepas kita tiada, rancang semasa masih ada," ujarnya mengakhiri perkongsian.

Dalam pada itu, menurut Akta Pentadbiran Keluarga Islam Wilayah Persekutuan, penjaga harta kepada anak di bawah umur 18 tahun ialah:

1. Datuk lelaki sebelah bapa

2. Wasi yang dilantik oleh wasiat bapa

3. Wasi kepada wasi bapa

4. Wasi datuk lelaki sebelah bapa

5. Wasi kepada wasi datuk sebelah bapa

Keluarga sebelah ibu memang tiada dalam turutan penjaga harta namun, mahkamah syariah mempunyai kuasa untuk menentukan penjaga harta mengikut pertimbangan dan kebijaksanaan mahkamah serta dokumen perancangan yang telah dibuat oleh si mati semasa hidupnya.

Artikel Lain