Ramai tertanya-tanya mengapa baki pokok pembiayaan masih kelihatan kurang walaupun sudah bertahun mencarum simpanan ASB. -Gambar hiasan AI
RAMAI memilih Pembiayaan Amanah Saham Bumiputera (ASBF) sebagai salah satu cara untuk membina simpanan jangka panjang dengan pulangan lumayan.Namun selepas beberapa tahun membuat bayaran bulanan, ada peminjam mula tertanya-tanya tentang baki pokok pembiayaan seolah-olah tidak bergerak manakala pulangan diterima pula tidak begitu ketara. Pakar konsultasi kewangan Noraejah di laman Threads menjelaskan, perkara itu boleh berlaku apabila peminjam mengambil ASBF pada kadar pembiayaan yang agak tinggi tanpa membuat semakan semula selepas beberapa tahun melabur."Masa umur 22 ke 23 tahun baru nak mula menyimpan. Kita main hentam je kan? Dengar dividen ASB tinggi, terus pergi sign ASBF RM100,000."Masa tu janji approve, bunga bank berapa pun tak ambil kisah sangat. Fast forward tiga hingga empat tahun kemudian, setiap bulan gigih bayar RM550 lebih sebulan."Tapi bila periksa balik akaun, rasa macam kenapa lambat sangat principle naik? Kenapa dividen tak dapat rasa kepuasan dia? Rupanya masa sign dulu, anda dapat rate tinggi (4.9 peratus hingga 5.1 peratus)," katanya.Menurut Noraejah, peminjam sebenarnya boleh membuat semakan semula sekiranya terdapat bank lain yang menawarkan kadar lebih rendah.Antara pilihan yang diketengahkan ialah:1. 'Lobi' bayaran bulananMelalui proses pembiayaan semula atau refinance ASBF, kadar yang lebih rendah berpotensi mengurangkan komitmen bulanan. Sebagai contoh, bayaran yang sebelum ini sekitar RM550 boleh turun kepada kira-kira RM480 bergantung kepada jumlah pembiayaan, tempoh dan kadar yang ditawarkan.Perbezaan itu menurutnya boleh dimanfaatkan untuk tujuan lain seperti menambah simpanan atau mengurus komitmen kewangan.2. 'Cash out' duit tersembunyiSelain mengurangkan bayaran bulanan, pembiayaan semula juga berpotensi menghasilkan lebihan tunai berdasarkan jumlah yang telah dibayar serta struktur pembiayaan baharu."Bila korang terminate akaun ASBF lama untuk tukar ke akaun baru, bank lama akan pulangkan balik principle yang korang dah bayar bertahun-tahun tu. "Tiba-tiba masuk akaun RM5,000 ke RM10,000 tunai! Duit ini korang boleh simpan guna untuk langsaikan hutang mahal atau rolling balik," ujarnya.3. Promosi dividen percumaNoraejah turut menyentuh mengenai peluang mendapatkan manfaat daripada promosi pembiayaan semula yang ditawarkan bank pada tempoh tertentu.Sebagai contoh, sekiranya proses pembiayaan dibuat dalam tempoh promosi tertentu dan potongan ansuran hanya bermula pada bulan berikutnya, peminjam mungkin mendapat manfaat daripada tempoh tersebut. Namun, dia menekankan bahawa pengiraan sebenar bergantung kepada terma promosi, tarikh pengeluaran pembiayaan dan cara dividen ASB dikira.Menyifatkan teknik tersebut sama seperti membayar perkhidmatan bil internet, jika terdapat syarikat lain yang menawarkan kelajuan sama pada harga lebih rendah, pengguna biasanya akan mempertimbangkan untuk bertukar bagi mendapatkan nilai lebih baik.Begitu juga dengan ASBF, peminjam disarankan supaya tidak sekadar melihat jumlah ansuran bulanan, sebaliknya turut menilai kadar pembiayaan, baki pinjaman serta manfaat keseluruhan dalam jangka masa panjang."Objektif ASB ialah memaksimumkan keuntungan bukannya membayar lebih kepada bank," katanya.