Kebanyakan individu masih keliru soal pemilikan kediaman strata ataupun jenis bebas. -Gambar hiasan AI
RUMAH jenis teres menjadi pilihan terutamanya bagi mereka yang sudah berkeluarga kerana memiliki ruang lebih besar dan privasi berbanding kediaman jenis pangsapuri atau apartment.Namun dalam keghairahan memiliki rumah sendiri, masih ramai belum menyedari bahawa kediaman 'landed' juga tidak terlepas daripada status hak milik strata. Isu ini sering kali berbangkit bila mana seseorang individu yang pertama kali membuat pinjaman perumahan yang akhirnya mendatangkan kerugian.Pakar perunding hartanah, Zilla Zhane menjelaskan ada perbezaan kediaman jenis dengan hak milik strata dan bebas."Ingat beli rumah landed mesti lagi bebas dari strata? Rupanya ramai yang tak perasan beza jenis asalkan lepas pinjaman bank."Ramai ingat beli rumah landed automatik bebas buat apa je tapi bila dah duduk beberapa bulan, baru terasa ada beza ketara dengan rumah strata."Rumah strata memang terkenal dengan fasiliti dan keselamatan berpagar tapi ramai terkejut bila tengok bil maintenance bulan-bulan, masa ni baru orang mula banding dengan landed title," ujarnya.Katanya, kediaman jenis bebas dan persendirian sememangnya tidak meletakkan sebarang syarat ketat terhadap penghuni namun, bagi hak milik strata, ia lebih dikawal selia oleh pihak pengurusan."Bila pilih individual title, tanah tu memang hak korang sepenuhnya nak tukar warna cat luar atau tambah bumbung pun tiada masalah."Tapi ada satu benda lagi orang terlepas pandang, segala kerosakan bumbung dan pagar luar kena tanggung sendiri."Manakala strata pula, semua bahagian luar dijaga oleh pengurusan korang cuma bayar yuran dan cuci kaki guna fasiliti tapi hakikatnya bukan semua orang suka dikawal," kongsinya.Pun begitu, individu dinasihatkan agar lebih teliti terhadap isu pemilikan kediaman sebelum mula membuat pinjaman bank agar tidak menyesal di kemudian hari.Hal itu menurut Zilla boleh mengundang isu berat kerana ia bukan sahaja berkait rapat soal kewangan, malah juga melibatkan gaya hidup individu.