suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tujuh tabiat berbelanja anak muda tanpa disedari undang padah... Ramai terjerat masalah hutang, tertekan ‘dikejar’ bank

Segelintir individu sering terperangkap dalam komitmen hutang yang tiada berkesudahan. -Gambar hiasan AI

SETIAP daripada kita pasti mempunyai pelbagai hutang seperti rumah, kereta, kad kredit selain pinjaman peribadi yang perlu dibayar setiap bulan.

Namun jika tersalah langkah, hutang-hutang berkenaan boleh bertukar menjadi jerat yang memakan diri sehingga membuatkan diri rungsing memikirkan cara membayar semua hutang tersebut.

Situasi menjadi lebih keruh apabila 'panggilan' daripada bank acap kali muncul menagih hutang sehingga boleh membuatkan seseorang tertekan.

Bagaikan rutin bulanan, keadaan tersebut sebenarnya berpunca akibat kecuaian dan tabiat diri sendiri yang mengundang kerugian.

Perunding kewangan Shara Ismail di laman Threads menyenaraikan tujuh kesilapan sering dilakukan individu yang menjadi punca mengapa komitmen hutang tidak akan pernah selesai dibayar.

Jelasnya, punca utama dalam isu berbangkit adalah disebabkan kurangnya ilmu pengurusan wang yang sering diabaikan khususnya golongan muda.

1. Tambah hutang 

Sikap suka menambah hutang sudah menjadi kebiasaan terutamanya bagi pemegang kad kredit yang kurang cermat dalam berbelanja.

2. Gaya hidup berubah 

Ujian paling berat adalah apabila individu mula berhasrat menambah hutang dek kenaikan gaji yang diterima ataupun bayaran bonus dijanjikan majikan.

"Dulu gaji RM3,000 pakai kereta biasa, bila gaji RM6,000, rasa kereta pun kena upgrade, pendapatan bertambah tapi lebihan duit tetap tak ada," katanya.

3. Bayar hutang minimum

Bagi pemegang kad kredit, bayaran pinjaman dengan kadar minimum sering menjadi pilihan namun tanpa disedari, ia sebenarnya mengundang kerugian kerana caj faedah yang tinggi akibat tempoh bayaran dipanjangkan.

4. Tiada dana kecemasan

Tabung kecemasan merupakan perkara wajib perlu dipraktikkan bagi mana-mana individu khususnya golongan berkeluarga.

Ia boleh dibelanjakan saat ditimpa musibah seperti kemalangan kereta, ahli keluarga sakit ataupun situasi yang memerlukan perbelanjaan wang.

5. Ansuran demi kepuasan

Telefon pintar baharu, percutian mewah dan pakaian berjenama antara barangan yang kerap dibayar secara ansuran walaupun hakikatnya ia di luar kemampuan.

6. Lupa jumlah hutang

Kesilapan sering berlaku apabila segelintir individu tidak mengambil kira jumlah keseluruhan hutang, sebaliknya hanya membuat bayaran bulanan sahaja.

7. Tabiat selepas hutang selesai

Ramai terlepas pandang bahawa wang lebihan selepas selesai komitmen hutang sebenarnya boleh dijadikan simpanan.

"Ini paling bahaya, bila satu hutang habis, RM500 yang dulu digunakan untuk bayar hutang dianggap sebagai 'duit lebih' untuk berbelanja. 

"Sepatutnya duit itu dialihkan kepada simpanan dan bina aset supaya kita tak kembali berhutang," kongsinya lagi.

Artikel Lain