suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ekonomi Malaysia berkembang 6 peratus... Bukan lesen tambah hutang, elak ‘upgrade’ gaya hidup

Rata-rata masyarakat semakin tersepit dengan komitmen bulanan yang tinggi dek gaya hidup mewah yang diamalkan. -Gambar hiasan AI

KELUARAN Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia mencatatkan pertumbuhan sebanyak 6.0 peratus bagi suku kedua 2026.

Angka itu meningkat daripada 5.4 peratus pada suku pertama dan menjadikan pertumbuhan itu dilihat kukuh pada tahap 5.7 peratus.

Peningkatan itu didorong permintaan dalam negeri yang stabil, termasuk perbelanjaan isi rumah dan aktiviti pelaburan dan perdagangan yang jelas membawa pulangan positif kepada negara.

Perkembangan positif itu memberi isyarat hijau kepada rakyat dan mula merancang untuk menambah komitmen seperti pinjaman bank ekoran situasi ekonimo yang semakin stabil.

Menepis fahaman itu, pakar dan perunding kewangan Azlin Mohd Said berkata, situasi tersebut bukan tiket untuk masyarakat membuat lebih banyak pinjaman hutang.

Sebaliknya kasta Azlin, beberapa perkara perlu diambil sebagai pertimbangan sebelum menambah komitmen dan bukan hanya berpaksikan kepada pertumbuhan positif ekonomi.

"Ekonomi baik bukan lesen untuk kita tambah hutang, sebelum buat komitmen, tengok cash flow sendiri dulu.

"Dalam ekonomi yang berkembang, orang yang ada ilmu, skil dan cash flow yang sihat biasanya lebih bersedia ambil peluang.

"Jadi apa tindakan kita? Jaga hutang, bina tabung kecemasan, melabur secara konsisten, tingkatkan skil dan income serta jangan abaikan perlindungan," ujarnya menerusi laman Threads. 

Pertumbuhan ekonomi Malaysia mencatatkan peningkatan sebanyak enam peratus pada suku kedua 2026.

Menurut kenyataan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kadar inflasi Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Jun 2026 berbanding tempoh sama tahun lalu, namun sedikit perlahan berbanding 2.0 peratus yang direkodkan Mei 2026.

Mengulas lanjut perkara itu, Azlin menegaskan ia berkait rapat dengan kos sara hidup rakyat Malaysia yang dijangkakan boleh terjejas dek gaya hidup mewah dan perbelanjaan tidak terkawal.

"Maksud mudahnya, ekonomi berkembang, tetapi kos hidup masih boleh meningkat. Jadi bila pendapatan naik, jangan terus naikkan gaya hidup sekali.

"Ekonomi negara boleh berkembang tapi kewangan peribadi kita tetap kena kita urus sendiri.

"Tak perlu jadi pakar ekonomi, cukup kita celik, faham dan buat keputusan kewangan dengan lebih strategik," katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, prestasi itu turut menjadi pertumbuhan paling kukuh bagi suku kedua di luar tempoh pandemik sejak 2014.

Ia sekali gus mencerminkan ketahanan ekonomi negara dalam berdepan kejutan bekalan global yang menjejaskan ekonomi dunia, susulan langkah proaktif kerajaan bagi melindungi rakyat serta perniagaan daripada kesan gangguan rantaian bekalan.

Artikel Lain